Other Language

Thursday 23rd of February 2012  
 

 

Evaluation Criteria
Download Application Form
PDF Print E-mail

1.     Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan?

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009

bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].


2.    Apakah Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?


Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

  • memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
  • menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
  • merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
  • mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
  • membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
  • melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakanfungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].


3.   Siapakah anggota - anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Ketua Hakim Negara, Malaysia
1) YAA Tan Sri Arifin bin Zakaria

Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
2) YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif

 

Hakim Besar Malaya

3) YAA Tan Sri Dato' Zulkefli bin Ahmad Makinudin

Hakim Besar Sabah dan Sarawak
4) YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum

 

Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri, Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia

5) YA Tan Sri Abdull Hamid Bin Embong

Ahli Yang Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri
6) YA Bhg. Tun Dato' Sri Abdul Hamid bin Hj Mohamad
7) YBhg. Tan Sri Dato' Seri Ainum Bt Mohamed Saaid
8) YBhg. Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Kiong
9) YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. L.C. Vohrah


4.   Di mana terletaknya Pejabat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62506 Putrajaya.


5.   Secara lazimnya, adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tertakluk kepada mana-mana Akta di Malaysia? Adakah undang-undang lain dirujuk juga?


  • Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
  • Perlembagaan Persekutuan


6.   Di manakah borang permohonan boleh diperolehi?

http://www.jac.gov.my

 
 

Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy