Font Size

Colour

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Other Language                

Sempena Perasmian Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 pada 15 Januari 2012

E-mail Print PDF

Hakim Diwajibkan Isytihar Harta:Jabatan Kehakiman, SPRM kerjasama pastikan ketelusan badan berkenaan

PUTRAJAYA: Hakim di negara ini mungkin diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing bagi meningkatkan ketelusan dan integrity badan kehakiman di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, berkata Jabatan Kehakiman akan berkerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memulakan langkah berkenaan.

“Saya pasti tiada apa yang perlu dibimbangkan jika ia dilaksanakan. Kita akan mengadakan kerjasama dengan SPRM bagi melaksanakannya dan memastikan ketelusan dalam badan kehakiman negara,” katanya berucap merasmikan Persidangan Hakim-Hakim Malaysia 2012 di sini, semalam.

Persidangan yang bermula Jumaat lalu, dihadiri 128 hakim dari seluruh Negara yang antara lain bertujuan bertukar-tukar fikiran dan idea dalam perkembangan undang-undang serta pentadbiran bagi memantapkan badan kehakiman di negara ini.

Arifin juga mengingatkan hakim untuk terus menegakan kebebasan badan kehakiman dan mengelak dari dipengaruhi pihak lain termasuk badan eksekutif serta pasangan masing-masing.

“Tetapi ada campur tangan yang lain, salah satu daripadanya ialah daripada pasangan masing-masing. Jadi, pastikan tidak ada perbincangan, itu adalah campur tangan terbesar yang terjadi pada waktu sepi tengah malam,”katanya disambut ketawa mereka yang haidr.

Arifin menegaskan, hakim mestilah betul-betul bebas daripada campur tangan termasuk daripada kawan dan hakim lain.

Beliau juga mengingatkan hakim supaya mengikut tempoh masa diberikan untuk memnbuat penghakiman bertulis masing-masing dan tidak melengahkannya.

Katanya, beliau memandang serius mengenai hakim yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Kita serius dengan perkara ini. Sekiranya, mereka tidak menunjukan prestasi kerja yang baik, tindakan akan diambil, “katanya sambil menambah hakim yang tidak lagi mahu melaksanakan tugas dengan baik, seharusnya melepaskan jawatan masing-masing.

Arifin berkata, pelantikan dan kenaikan pangkat hakim dan pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bukanlah tugas mudah kerana panel terpaksa melihat pelbagai factor termasuk penghakiman yang dibuat hakim.

Setakat ini, katanya, panel itu mengesahkan prestasi memuaskan bagi sebahagian hakim namun untuk yang selebihnya mereka perlu berkerja kuat.

Sementara itu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang dihubungi menyambut baik idea berkenaan yang dilihatnya mampu meningkatkan ketelusan badan kehakiman.

“Apabila dilaksanakan, hakim akan lebih berhati-hati, jika ada hakim yang tidak jujur, langkah ini dilihat dapat mengatasinya,”katanya.

Petikan ucapan YAA Tan Sri Arifin bin Zakaria
sempena perasmian Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 pada 15 Januari 2012

Poll

How satisfied are you with the information provided in JAC website?




Results

Online Services

e-applicationnew
webmail
feedback2

 

e-helpnew

Government Web Link

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Enquiries

bussiness2
Level 5, North Block, 
Palace of Justice,
Precinct 3, Federal
Government
Administration Centre
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Fax : 03 - 8880 3549
Email : setiausaha@jac.gov.my  
 
You are here: Commission Introduction