Saiz Tulisan

Warna

W3C
Phone 03-8880 3545 / 3546 fax 03-8880 3549 E-mail Email: setiausaha@jac.gov.my   English Malay   Bahasa Lain                

Kriteria Pemilihan

E-mel Cetak PDF

KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN PEMILIHAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH ATASAN

1. Kriteria-kriteria Penilaian yang dicadangkan ini adalah berlandaskan pertimbangan kepentingan awam untuk meningkatkan kualiti sistem kehakiman di mana pemilihan hakim dan pesuruhjaya kehakiman amat baik dilaksanakan berdasarkan merit.

2. Kriteria-kriteria ini dirangka untuk memastikan mereka yang dicalonkan mempunyai kebolehan intelek, cekap dan kualiti peribadi yang membolehkan mereka menyelesaikan pertikaian dengan adil dan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada fakta-fakta kes dan undang-undang semata-mata. Kriteria-kriteria ini perlu tepat dan terperinci dari segi maksud dan juga penggunaannya dalam proses pemilihan.

3. Kriteria-kriteria pemilihan ini boleh digunakan sebagai kriteria minimum dan penggunaan setiap satu kriteria itu mungkin berbeza mengikut pelantikan yang akan dipertimbangkan. Keperluan sesuatu jawatan itu mungkin memerlukan penekanan yang berbeza: Kemahiran yang diperlukan oleh seorang hakim perbicaraan adalah berbeza dengan seorang hakim rayuan. Ini adalah perkara lazim kecuali kriteria integriti di mana kepentingannya adalah merupakan sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

4. Berikut adalah kualiti-kualiti minima yang perlu bagi memastikan pencapaian prestasi cemerlang dalam melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman:

(i)     Integriti (Baca Seterusnya..)
(ii)    Pengetahuan dan Kebolehan Perundangan (Baca Seterusnya..)
(iii)   Pengalaman Profesional(Baca Seterusnya..)
(iv)   Pembawaan Kehakiman(Baca Seterusnya..)
(v)    Kerajinan(Baca Seterusnya..)
(vi)   Kesihatan(Baca Seterusnya..)

(vii)  Tanggungjawab Kewangan(Baca Seterusnya..)
(viii) Perkhidmatan Awam(Baca Seterusnya..)
(ix)   Pandangan terhadap Isu-isu Awam(Baca Seterusnya..)

(x)   Kualiti-kualiti Khas yang Diingini(Baca Seterusnya..)

5.Pemilihan berdasarkan merit tidak boleh bergantung kepada kriteria-kriteria ini semata-mata. Prosedur yang digunakan juga adalah sama penting. Sememangnya maklumat guna sama umum semua calon untuk kegunaan SPK adalah mustahak dan tidak boleh diketepikan.

UNDIAN

Adakah anda berpuas hati dengan info sesawang JAC




Keputusan

Perkhidmatan Online

e-mohonnew
webmail
maklumbalas
e-bantuannew

Pautan Web Kerajaan

mygoverment2 mahkamah cljlaw
pmo ksn iim
hrims msc 1malaysia

Pertanyaan

bussiness2
Aras 5, Blok Utara, 
Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat 
62506 Putrajaya 
Tel : 03 - 8880 3545 / 3546
Faks : 03 - 8880 3549
Emel : setiausaha@jac.gov.my  
 
You are here Pesuruhjaya Kriteria Pemilihan