Judicial Academy 2014

Hits: 7561
Print

AKADEMI KEHAKIMAN

Akademi Kehakiman telah ditubuhkan pada 16 Disember 2011 melalui keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bilangan 12 Tahun 2011. Jawatankuasa Akademi Kehakiman dianggotai oleh 11 orang hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta 7 orang hakim dari kalangan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi sebagai ahli. Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia kepada Akademi ini.

Untuk sesi 2014, Sebanyak 9 sesi telah dirancang untuk memberi latihan bagi Hakim-Hakim Mahkamah Atasan dan dilaksanakan secara lebih terancang mengikut modul-modul yang telah dikenalpasti dan diluluskan oleh Jawatankuasa ini. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

Kursus "How to Deal With Cases Under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952" Di Banglo Transit, Presint 10 Putrajaya Pada 28 Februari - 1 Mac 2014..Read More

ak 2014 1

 

Kursus "How To Deal With Cases Under Section 302 Of The Penal Code" Di Marriott Hotel Putrajaya pada 18 - 19 September 2014..Read More

 
murder 1

Judge Craft and Juddment Writing at Marriott Hotel Putrajaya on 28 - 29 November 2014...Read more

judge craft 1b