Judicial Academy Malaysia

Akademi Kehakiman telah ditubuhkan pada 16 Disember 2011 melalui keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bilangan 12 Tahun 2011. Jawatankuasa Akademi Kehakiman dianggotai oleh Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim yang dipilih dari kalangan Hakim Mahkamah Atasan.

Objektif Akademi Kehakiman adalah memastikan latihan bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan dilaksana dengan lebih terancang mengikut modul-modul yang dikenalpasti dan dilulus oleh Jawatankuasa ini. Akademi ini juga memainkan peranan sebagai pemantau keberkesanan dan pemangkin kecemerlangan berterusan institusi Kehakiman melalui penulisan ilmiah perundangan dan kehakiman.

Di bawah Akademi Kehakiman terdapat dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penerbitan. Jawatankuasa Latihan bertanggungjawab mengenalpasti bidang-bidang untuk latihan, menetapkan modul latihan yang bersesuaian (Seminar, Kursus dan Bengkel), mengenalpasti fasilitator dan peserta dan menyediakan bahan-bahan kajian kes. Jawatan Kuasa Penerbitan bertanggunjawab mengenalpasti bidang- bidang untuk penulisan artikel bagi "Journal of the Malaysian Judiciary (JMJ)", mengenalpasti hakim-hakim untuk penulisan artikel JMJ, menyemak dan membaca pruf artikel-artikel untuk diterbitkan, dan menyelia penerbitan JMJ dalam menerbitkan "Journal of Malaysian Judiciary (JMJ)" bermula dari tahun 2016.

Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia kepada Akademi Kehakiman.