Thursday, 28 March 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Sitemap

The Judiciary Outreach Program Series 2/2012

Program Outreach Badan Kehakiman telah diilhamkan oleh YAA Ketua Hakim Negara. Ia diadakan dengan objektif untuk:

(i) meningkatkan kesedaran hakim-hakim mahkamah atasan terhadap penjagaan alam semulajadi (preserve the nature);
(ii) memupuk semangat kerjasama (espirit de corp) di kalangan hakim-hakim; dan
(iii) melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan kepada masyarakat miskin dan mereka yang memerlukan.

Program ini dihadiri oleh 23 hakim Mahkamah Atasan yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, 8 YA Hakim Mahkamah Persekutuan dan 12 YA Hakim Mahkamah Rayuan.

Pelaksanaan program ini melibatkan beberapa aspek seperti lawatan, ketahanan fizikal, kemasyarakatan, team building, pemupukan kesedaran terhadap alam semulajadi, perundangan dan taklimat oleh pihak penguatkuasaan tempatan

Program ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama (team building) dan togetherness di kalangan peserta. Ini telah membuatkan hubungan antara peserta menjadi semakin erat dalam suasana yang kurang formal berbanding sebelum ini.

Program ini juga telah berjaya mewujudkan human part of judiciary melalui aktiviti pemberian sumbangan peribadi oleh hakim-hakim kepada keluarga orang kampung yang miskin dan memerlukan serta orang kelainan upaya (OKU) disekitar Cameron Highlands.

Program ini juga telah mendedahkan peserta untuk mempelajari dan mencintai alam semulajadi di negara ini terutama ladang-ladang teh yang juga menjadi punca ekonomi negara.

Copyright Reserved © 2019 Judicial Appointments Commission


  • Last Updated : Wednesday 20 March 2024.

QR Code

Now you can browse Official Website of Judicial Appointments Commission mobile version via Smartphone with official website QR Code.

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.

Copyright | Disclaimer | Security Policy | Privacy Policy

Poll

Maps

Address

JUDICIAL APPOINTMENTS COMMISSION,
Level 5, North Block, Palace of Justice,
Precinct 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fax     03 8880 3549
E-mail  setiausaha[at]jac.gov.my

Today 334 | Yesterday 1268 | Week 4653 | Month 28447 | All 4354001