Khamis, 28 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 
 
YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
PSM, DA, DSPN
 

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 3 Julai 1959. Yang Amat Arif Tan Sri mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983.

Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1983 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak dan kemudiannya menjadi Majistret di Mahkamah Majistret Limbang dan Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak. Seterusnya Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman Cawangan Sarawak. Pada tahun 1990 hingga 1992, Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia dari tahun 1992-1994.

Pada tahun 1994-2000, Yang Amat Arif Tan Sri telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, dan juga Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Seterusnya, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi Tribunal, Jabatan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan kemudiannya dipinjamkan ke Bank Negara Malaysia sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Pada tahun 2003, Yang Amat Arif Tan Sri telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan seterusnya dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Mac 2007 (bahagian Jenayah 5) dan seterusnya Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Dagang 2) pada 1 Mei 2009.

Yang Amat Arif Tan Sri seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan meneruskan tugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2012.

Kemudiannya pada 2 Januari 2013, Yang Amat Arif Tan Sri telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkhidmat di sana sehingga 29 September 2013.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 September 2013 dan pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 20 Februari 2020, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Pada 13 Januari 2023, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Bagi menghargai sumbangan Yang Amat Arif Tan Sri dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos 2013. Kemudiannya pada 13 November 2021, Yang Amat Arif Tan Sri telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Yang Amat Arif Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Puan Sri Datin Fadzillah binti Dato’ Kamaruddin dan mereka telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 20 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 318 | Semalam 1268 | Mingguan 4637 | Bulanan 28431 | Semua 4353985