Jumaat, 19 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Mesyuarat dan Lawatan

Mesyuarat dan Lawatan

Program satu hari ini dimulakan pada pagi 28 Julai 2023 (Jumaat) dengan lawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Bangunan Warisan Mahkamah Negeri Pulau Pinang. Pembentangan Statistik Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Pembentangan Statistik Mahkamah Rendah Pulau Pinang telah dilakukan sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan tersebut. Manakala Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 8/2023 telah diadakan pada sebelah petangnya di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang. Statistik Mahkamah Rayuan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut oleh Puan Jumirah binti Marjuki, Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 7/2023 telah diadakan pada pagi 12 Jun 2023 (Isnin) di Hotel Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Sabah, dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Sabah. Program tersebut kemudiannya disusuli dengan sesi mesyuarat.

Setelah selesai sesi mesyuarat, program bersambung dengan lawatan ke sekitar Mahkamah Tuaran yang terletak tidak jauh daripada lokasi mesyuarat diadakan. Lawatan tersebut mengambil masa kira-kira hampir satu jam. Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya setelah makan tengah hari bertolak ke Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya telah diperkenalkan dengan kebudayaan rumpun Bajausama Sabah semasa Program Outreach tersebut.

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 6/2022 telah diadakan pada petang 22 Jun 2022 (Rabu) di Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu.

Program disusuli pada pagi keesokan harinya, 23 Jun 2022 (Khamis) dengan lawatan oleh Anggota-Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Mahkamah Dungun, Terengganu. YA Dato’ Hassan bin Abdul Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menyampaikan Taklimat Prestasi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan diikuti pula dengan Taklimat Prestasi Mahkamah-Mahkamah Rendah Negeri Terengganu yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Terengganu dalam lawatan itu.

Anggota-Anggota Suruhanjaya kemudiannya bertolak ke Pengkalan Gawi bagi tujuan Program Outreach. Anggota-Anggota Suruhanjaya terlebih dahulu makan tengah hari di Boat House, Tasik Kenyir sebelum ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Aktiviti-Aktiviti yang terlibat di KECV ialah canopy walk, memberi gajah makan, dan menyaksikan gajah mandi.

 

Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2023 telah diadakan pada petang 13 Januari 2023 (Jumaat) di Waterfront 2, Aras 6, Pullman Miri Waterfront, Sarawak. Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan yang pertama yang telah diadakan di luar daripada Putrajaya pada tahun 2023. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023” yang diadakan pada sebelah pagi pada tarikh yang sama bertempat di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak. Satu perarakan yang bermula dari Pullman Miri Waterfront, Sarawak dan berakhir di Kompleks Mahkamah Miri, Sarawak telah diadakan bersempena dengan “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2023”. Perarakan tersebut telah diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan; serta YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 7/2014 di Mahkamah Melaka pada 26 Jun 2014. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Melaka.

Selepas mesyuarat tersebut, Anggota Suruhanjaya telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Istana Melaka.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 868 | Semalam 1520 | Mingguan 5810 | Bulanan 19113 | Semua 4376093