Sabtu, 20 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus“Damages: Tort” telah diadakan pada 19-21 Oktober 2018 (Jumaat-Ahad) di The Everly Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menilai ganti rugi ke atas kes-kes dan alasan penghakiman berkaitan tort.

Seramai 31 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 14 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Nalini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan.

Kursus ini dibahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pembentangan tugasan individu, sesi perbincangan berkumpulan bagi kajian kes dan pembentangan kumpulan. Bagi sesi pertama kursus ‘Damages: Tort’ kali ini, topik pembentangan individu telah dikurangkan kepada enam topik berbanding sepuluh topik pada siri terdahulu. Pengurangan topik ini bertujuan untuk memberi masa yang lebih  kepada pembentang dan peserta untuk berinteraksi dan mengupas topik yang dibentangkan.

Sesi seterusnya adalah Sesi 2 yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tiga kajian kes untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Setiap pembentangan kajian kes disusuli dengan rumusan senarai semak sebagai panduan kepada para peserta.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 573 | Semalam 1547 | Mingguan 7062 | Bulanan 20365 | Semua 4377345