Selasa, 16 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus“Damages: Contract” telah diadakan pada 30 November-1 Disember 2018 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dalam menilai ganti rugi kes-kes berkaitan kontrak. Kursus ini adalah kursus lanjutan daripada Kursus“Damages: Tort” yang telah diadakan pada 19-21 Oktober 2018 di The Everly Putrajaya.

Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 12 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga dihadiri oleh YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia.

Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada tujuh orang Hakim Mahkamah Tinggi dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 pada hari pertama dan kedua yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat hingga lima orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petang pada hari kedua. Perbincangan yang interaktif di antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil perbincangan tadi telah diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para peserta.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 851 | Semalam 1218 | Mingguan 2069 | Bulanan 15372 | Semua 4372352