Khamis, 28 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus “Petisyen Pilihan Raya 2020” telah diadakan pada 16 Oktober 2020 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi), Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan pemahaman yang menyeluruh mengenai undang-undang dan prosedur pilihanraya. Kursus ini adalah kursus pertama di bawah Akademi Kehakiman Malaysia yang diadakan secara atas talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya yang berkuatkuasa pada 14-27 Oktober 2020 iaitu untuk mengawal penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari segi lokasi program dan bantuan sokongan teknikal ICT khususnya dalam penggunaan aplikasi Zoom Meeting.

Seramai 22 orang peserta yang kesemuanya terdiri Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri kursus ini secara atas talian. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang telah menyampaikan ucapan perasmian pada permulaan kursus.

Kursus ini terdiri daripada tiga sesi ceramah dan satu sesi perbincangan. Kesemua sesi ceramah telah diadakan pada sebelah pagi hingga tenggah hari iaitu ceramah-ceramah yang bertajuk “Pengenalan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; “Bantahan-Bantahan Teknikal dan Tafsiran Undang-Undang dalam Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YAA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; serta “Amalan dan Prosedur-Prosedur mengenai Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan. Manakala “Perbincangan Terbuka mengenai Isu-Isu yang Dibangkitkan dalam Petisyen Pilihan Raya dengan merujuk kepada Undang-Undang Kes” telah diadakan pada sebelah petang dengan menampilkan barisan fasilitator yang terdiri daripada YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Supang Lian; Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Lee Heng Cheong; Hakim Mahkamah Rayuan. Para fasilitator dan peserta bebas berkongsi pengalaman atau pendapat serta bertanya dan menjawab soalan berkaitan petisyen pilihan raya dalam sesi perbincangan tersebut.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 20 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 61 | Semalam 1268 | Mingguan 4380 | Bulanan 28174 | Semua 4353728