Sabtu, 20 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Aktiviti SPK

  • Gambar Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 11/2019 7 November 2019 dan Program Outreach di Pulau Besar Melaka 8 November 2019

  • Lawatan dan Mesyuarat Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan 12 Ogos 2015

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bilangan 8 Tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2015.

    Di samping mesyuarat, Anggota Suruhanjaya telah mengadakan lawatan di beberapa tempat di kompleks mahkamah tersebut seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi, bilik fail dan bilik seminar. Lawatan ini bertujuan untuk melihat usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh Mahkamah Negeri Sembilan dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan-pelanggan mahkamah.

     

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban dan Puan Hayatul Akmal binti Abdul Aziz, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan mengenai penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di Negeri Sembilan. YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Sembilan dalam melupuskan kes-kes yang telah didaftarkan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut. Majoriti kes-kes yang ada di mahkamah Negeri Sembilan adalah kes-kes semasa iaitu kes-kes yang didaftar dalam tahun 2014 dan ke atas. SYABAS!

    ​Sebelum sesi lawatan dan taklimat, terlebih dahulu Anggota Suruhanjaya telah diperkenan mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap Seremban.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek mahkamah Ipoh, Perak 15 Mac 2012

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 3/2012 di Kompleks Mahkamah Ipoh, Perak pada 15 Mac 2012.Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Perak.

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Dato’ Jeffrey Tan Kok Wha, Hakim Mahkamah Rayuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Perak dan Tuan Roslan Bin Haji Abu Bakar, Pengarah Mahkamah Negeri Perak mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Perak.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu 10 Mei 2012

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 5/2012 di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu pada 10 Mei 2012. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Terengganu.

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh Dato' Che Mohd Ruzima Ghazali, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaysia, mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Terengganu.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah. 18 Mei 2011

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 5/2011 di Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah pada 18 Mei 2011. Sebelum mesyuarat tersebut, terlebih dahulu  Anggota Suruhanjaya telah diperkenan mengadap Ke bawah Duli Yang Maha  Mulia Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

    Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Alor Setar.

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Datuk Haji Suriyadi b. Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Kedah mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Kedah. Suruhanjaya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mahkamah Negeri Kedah yang telah berjaya melupuskan kes-kes tertunggak dan hasilnya majority kes-kes yang ada di mahkamah Negeri Kedah adalah kes-kes semasa iaitu kes-kes yang didaftar dalam tahun 2010 ke atas.  SYABAS!

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan 17 Februari 2011

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 2/2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 17 Februari 2011. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/ Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi . Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Kelantan.

    Semasa taklimat di Mahkamah Kota Bharu, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan bahawa kes-kes yang lama telah diberi perhatian sewajarnya dan diselesaikan segera disamping melaksanakan proses mediasi di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kes-kes tertunggak. Sehubungan dengan itu, Anggota Suruhanjaya telah menyaksikan bagaimana proses mediasi dijalankan dalam menyelesaikan kes tuntutan sivil kemalangan jalan raya oleh Tuan Zainal bin L.Saleh, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Selanjutnya, Anggota Suruhanjaya diberikan taklimat oleh YA Tuan Zaidi bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan YBhg. Datin Siti Mariam binti Haji Othman, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan mengenai kedudukan kes-kes jenayah dan sivil di mahkamah-mahkamah Negeri Kelantan dan usaha-usaha yang telah diambil untuk melupuskan kes-kes tertunggak.

    Anggota Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian pelupusan kes-kes tertunggak di mahkamah-mahkamah Negeri Kelantan. Sebagai contoh, dalam kes sivil, hanya kes-kes yang didaftarkan pada tahun 2010 yang belum selesai, manakala kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya telah berjaya dilupuskan sepenuhnya. Begitu juga dalam kes kesalahan trafik yang berjumlah 28,081 kes, yang mana semua kes tersebut merupakan kes-kes yang baharu didaftarkan pada tahun 2010.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan 9 April 2015

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 4/2015 di Mahkamah Kota Bharu pada 9 April 2015. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret serta menghadiri majlis pelancaran e-court. 

    Satu sesi taklimat mengenai Cadangan Reka Bentuk Konsep Projek Kompleks Mahkamah Kota Bharu telah diadakan pada 9 April 2015 bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Haliza binti Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Ir. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang 3 April 2013

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 4/2013 di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang pada 3 April 2013. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Pahang.

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Dato' Sri Mariana binti Haji Yahya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Pahang.

  • Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Melaka, Melaka 26 Jun 2014

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 7/2014 di Mahkamah Melaka pada 26 Jun 2014. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret.

    Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Melaka.

    Selepas mesyuarat tersebut, Anggota Suruhanjaya telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Istana Melaka.

  • Mesyuarat Dan Lawatan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Komplek Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah 17 Januari 2019

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil.1/2019 telah diadakan pada 17 Januari 2019 (Khamis) di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah. 

    Mesyuarat ini adalah pertama kali diadakan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang baharu sejak bangunan tersebut mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2018. Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan "Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2019" yang diadakan keesokkan harinya juga bertempat di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

  • Mesyuarat Dan Lawatan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah 9 Oktober 2017

    Bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diadakan pada 9 Oktober 2017, Anggota-anggota Suruhanjaya telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bertempat di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah. YAA Tun Raus Sharif selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah memberi taklimat mengenai prestasi dan pencapaian Badan Kehakiman serta penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas badan tersebut.

    Program ini kemudiannya telah disusuli dengan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Di samping mesyuarat, Anggota-anggota Suruhanjaya telah diberi taklimat dan penerangan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Negeri Sabah.

    Selepas sesi taklimat, Anggota Suruhanjaya telah melawat dan diberi taklimat mengenai tahap kemajuan pembinaan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang baharu yang dijangka siap dibina pada tahun 2018. 

  • Mesyuarat dan Lawatan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah 3 Disember 2012

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 12/2012 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Disember 2012. Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh Tuan Ismail Bin Brahim, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Sabah.Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Sabah.

    Selepas sesi mesyuarat, YAA Tun Arifin bin Zakaria melancaran buku "The Civil Trial Guidebook" yang mengandungi 42 bab dan kompilasi dari 51 penyumbang, termasuk Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman dan Pegawai Undang-undang. Penerbitan buku tersebut mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan dengan diterajui oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.Tiga orang penyunting buku tersebut ialah Pesuruhjaya Kehakiman, YA Tuan Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Dato' Jagjit Singh a/l Bant Singh dan Timbalan Pendaftar Kanan, Pradeep Singh a/l Argan Singh.Buku Panduan ini adalah projek Kelab Sukan dan Reaksi Sabah dan Sarawak. Royalti hasil jual buku tersebut akan disumbangkan kepada anak yatim di Sabah dan Sarawak.

     

  • Mesyuarat Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan tahun 2014, 6-8 Disember 2014

    Mesyuarat Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Tahun 2014 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis pada 6-8 Disember 2014. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali kedua. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 16-17 Disember 2013 di Johor Bahru.

    Seramai 37 orang hakim telah menghadiri mesyuarat ini. Mereka terdiri daripada YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Mesyuarat, YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, 10 Hakim Mahkamah Persekutuan dan 23 Hakim Mahkamah Rayuan.

    Mesyuarat ini bertujuan untuk melihat semula cadangan dan keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat yang lalu dan membincangkan kertas cadangan yang disediakan oleh hakim.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Miri, Sarawak 19 Januari 2018

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 1/2018 telah diadakan pada 19 Januari 2018 (Jumaat) di Miri, Sarawak. Mesyuarat ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan di luar Putrajaya pada tahun ini dan pertama kali diadakan di Miri.

    Sebelum menghadiri mesyuarat tersebut pada sebelah petang, anggota-anggota Suruhanjaya telah menghadiri majlis “Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2018” di Mahkamah Miri pada sebelah paginya. YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara telah merasmikan Bas Mahkamah Bergerak Sarawak dalam majlis tersebut. Manakala pada sebelah malamnya, anggota-anggota Suruhanjaya telah menghadiri “Gala Dinner” yang dianjurkan oleh Persatuan Peguambela Sarawak.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek Mahkamah Kota Bharu, Kelantan 4 Ogos 2016

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 8 Tahun 2016 di Bilik Mesyuarat, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 4 Ogos 2016.

    Sebelum mesyuarat berlangsung, program telah dimulakan dengan Majlis Perasmian Tapak Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu di Tunjung pada pukul 8.45 pagi. Kompleks yang akan dibina di tapak seluas 2.68 hektar itu akan melibatkan peruntukan hampir RM100 juta dan dijangka siap pada April 2020. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara.

    Program seterusnya bersambung dengan Taklimat dan Mesyuarat Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.30 pagi. Taklimat telah diberikan oleh YA Tuan Ahmad bin Bache, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Tuan Adli bin Abd. Ghalib, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Kelantan.

     

     

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu 22 Julai 2016

    The Judicial Appointments Commission had held its monthly meeting No. 7 of 2016 at the Meeting Room in Kota Kinabalu Courts Complex, Sabah on July 22, 2016.

    Before the meeting, members of the Commission had been briefed by Mr. Dean Wayne Daly, the Registrar of the High Court of Sabah and Sarawak, Mr. Indra bin Haji Ayub, State Court Director and Mrs. Elsie Primus, Deputy Registrar (Administration), High Court of Kota Kinabalu regarding the improvements made by the Sabah courts in enhancing its service delivery to the public and statistics on disposal of civil and criminal cases in all courts in the state of Sabah. The Right Honourable Chief Justice Tun Arifin bin Zakaria, Chairman of the Commission is satisfied with the achievements of the Sabah courts in disposing all registered cases.

    After the briefing, members of the Commission were brought for a site visit at the new Kota Kinabalu Courts Complex and briefed on the progress of the construction which is expected to be completed in April 2017.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kota Bharu, Kelantan 18 April 2018

    Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 4/2018 telah diadakan pada 18 April 2018 (Rabu) di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

    Mesyuarat ini telah dimulakan dengan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Tinggi Negeri Kelantan oleh YA Dato’ Ahmad bin Bache, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Bharu; dan Taklimat Prestasi dan Statistik Mahkamah Rendah Negeri Kelantan oleh YBrs. Tuan Haji Jamaludin bin Haji Mat, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan. YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya amat berpuas hati dengan pembentangan statistik dan pencapaian Mahkamah Negeri Kelantan.

    Program seterusnya bersambung dengan Lawatan ke Tapak Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu di Tunjung pada jam 11.00 pagi. Jabatan Kerja Raya dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah melaksanakan taklimat berkenaan status pelaksanaan projek. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta disusuli dengan lawatan anggota suruhanjaya ke tapak pembinaan.

  • Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Johor Bahru, Johor 20 Disember 2016

    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 12 Tahun 2016 di Mahkamah Johor Bahru, Johor pada 20 Disember 2016 (Selasa).

    Sebelum mesyuarat berlangsung, semua anggota mesyuarat dibawa oleh kakitangan Mahkamah Johor Bahru melawat Bahagian Pelaksanaan dan Lelong, Kompleks Mahkamah Johor Bahru. 

    Program seterusnya bersambung dengan taklimat pada pukul 9.00 pagi dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.00 pagi. Taklimat telah disampikan oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Utara dan YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Selatan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Johor. 

    Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Johor. Mesyuarat telah selesai pada pukul 12.00 tengah hari. 

     

     

     

  • Outreach

  • Program Outreach Badan Kehakiman Siri 4/2013

    Program Outreach Badan Kehakiman telah diilhamkan oleh YAA Ketua Hakim Negara. Objektif Program Outreach Badan Kehakiman Kali Ke-4 adalah untuk meningkatkan jati diri, memupuk semangat kerjasama (esprit de corp) dan mendekatkan diri dengan alam sekitar di kalangan hakim-hakim.

    Program ini dihadiri telah oleh 16 hakim mahkamah atasan yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, seorang YA Hakim Mahkamah Persekutuan dan 12 YA Hakim Mahkamah Tinggi.

    Program kali ini melibatkan beberapa aspek seperti ketahanan fizikal, team building, pemupukan kesedaran terhadap penjagaan alam semulajadi flora dan fauna dan perundangan melalui taklimat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    Kesempatan menyertai program ini merupakan satu pengalaman baharu bagi kebanyakan hakim. Sehubungan itu banyak perkara yang telah dipelajari melalui program ini. Program ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama (team building) dan togetherness di kalangan peserta. Ini telah membuatkan hubungan antara peserta menjadi semakin erat dalam suasana yang kurang formal berbanding sebelum ini. Ia juga telah dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi ketakutan (fear of the unknown) di kalangan hakim-hakim melalui aktiviti berpasukan dan sukan yang telah diadakan Program ini juga telah mendedahkan peserta untuk mempelajari dan mencintai alam semulajadi melalui aktiviti pengenalan tumbuhan-tumbuhan dan program pemuliharaan penyu bagi menimbulkan kesedaran tentang betapa perlunya setiap individu menjaga alam semulajadi (preserve the nature) untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang. Kesedaran ini boleh menghalang individu-individu daripada melakukan kerosakan terhadap alam semulajadi.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1637 | Semalam 1547 | Mingguan 8126 | Bulanan 21429 | Semua 4378409