Sabtu, 11 Julai 2020
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Anggota SPK

  • Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat

    Ketua Hakim Negara, Malaysia

    PMN, DPSK, SPSK

    Biografi

    Yang Amat Arif Dato' Rohana binti Yusuf

    Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia

    SPSK, DPSK

    Biografi

    azhar

    Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya

    PSM, SSAP, DIMP, KMN

    Biografi

    Yang Amat Arif Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

     
     Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri

     

     

    Yang Arif Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh

    Hakim Mahkamah Persekutuan

    hisham

     

     

    YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus

    Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

    linton

     

     

    YBhg. Datuk Linton Albert

    Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

    mah

     

     

    YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai

    Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

    shad

     

     

    YBhg. Emeritus Profesor Datuk Dr. Hj. Shad Saleem Faruqi

    Pensyarah, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya

  • Klik pada igambar untuk melihat yang besar 

  • Nama Tarikh Pelantikan
    YAA Tan Sri Dato'Sri Azahar bin Mohamed 08.08.2019
       
  • Nama Tarikh Pelantikan
    YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak wah
    11.07.2018
       
  • Mantan Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri di bawah section 5(1(f))

    10 February 2009 - 9 February 2013
    YBhg. Tun Dato' Seri
    Abdul Hamid bin Haji Mohamad
    YBhg. Tan Sri Dato' Seri
    Ainum binti Mohamed Saaid
    YBhg. Tan Sri Datuk Amar
    Steve Shim Lip Kiong
    YBhg. Tan Sri Datuk Wira
    Dr. L.C. Vohrah
           
    10 February 2013 - 9 February 2017
    YBhg. Tan Sri Haidar
    bin Mohamed Noor
    YBhg. Tan Sri Datuk Seri
    Panglima Sulong Matjeraie
    YBhg. Dato' Selventhiranathan
    a/l Thiagarajah
    YBhg. Dato' Tee Ah Sing
    @Tee Boon Hooi
           
    10 February 2017 - 3 September 2018
    YABhg. Tun Arifin bin Zakaria YBhg. Dato' Anantham a/I Kasinather YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready YBhg. Prof. Dr. Choong Yeow Choy 

     

     

     

  •  

     

    YABhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum

    PSM, SPSK, SSAP, SIMP, SPDK, PGDK

    11 July 2018 - 12 April 2019

     

     

    YABhg. Tun Raus Sharif

    SSM, PMN, PSM, SSAP, DUPN, SPDK, SSTM, DA, DMPN, KMN

    1 April 2017 - 10 July 2018

     

     

    YABhg. Tun Arifin bin Zakaria

    SSM, PSM, SPMS, SPSK, SPCM, SSAP, DUPN, SPMP, DPMK, DPCM

    12 September 2011 - 31 March 2017

     

     

    YABhg. Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi

    SSM, PSM, PJN, SPMK, SPCM, SSDK, DSMT, DSDK, JSM, KMN

    10 February 2009 - 9 September 2011

  • Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed
    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
    PSM, SSAP, DIMP, KMN

    YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Bin Mohamed dilahirkan pada 27 April 1956 di Johor Bahru, Johor. YAA merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. YAA juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science pada 1987.

    YAA memulakan kerjaya pada tahun 1980 sebagai Penolong Kanan Pendaftar.

    YAA telah memegang beberapa jawatan, antaranya adalah:

    • Penolong Pendaftra Kanan, Mahkamah Tinggi, Johor Bahru (1980);
    • Timbalan Pendakwa Raya, Pahang (1983);
    • Timbalan Pendakwa Raya, Negeri Sembilan (1987);
    • Timbalan Pendakwa Raya, Kelantan (1990);
    • Peguam Kanan Persekutuan, Agensi Anti-Rasuah (1991);
    • Penasihat Undang-undang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (1992);
    • Timbalan Pendaftar Syarikat (1992);
    • Timbalan Ketua Pendakwa Raya, Peguam Negara (1996);
    • Ketua Pendakwa Raya, Peguam Negara (1997); dan
    • Ketua Bahagian Sivil, Peguam Negara (2000).

    Pada 1 Ogos 2004, YAA dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.

    Seterusnya, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada 28 Julai 2006.

    YAA kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009.

    Pada 11 Mei 2011, YAA dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

    Pada 12 September 2014, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 17 Mei 2019, YAA juga dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas Hakim Besar Malaya

    Pada 8 Ogos 2019, YAA telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

  •  
     
    Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah
    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
    PSM, SPDK, PGDK
     
    Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah dilahirkan pada 20.08.1953 di Sandakan, Sabah. Yang Amat Arif telah melanjutkan pengajian undang-undang di Universiti New South Wales, Sydney, Australia. Yang Amat Arif juga telah memperolehi Sarjana B Com (dalam Bidang Perakaunan) dari universiti yang sama.

    Yang Amat Arif memulakan kerjaya beliau sebagai auditor di Sydney pada tahun 1978 sehingga 1979 di sebuah Firma Akauntan. Pada tahun 1979, Yang Amat Arif telah diterima masuk sebagai peguam bela di Mahkamah Agung New South Wales, Australia.

    Kerjaya Yang Amat Arif dalam undang-undang di Malaysia bermula dengan penerimaan masuk Yang Amat Arif sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1980 dan menjadi peguam sehingga 1992.

    Yang Amat Arif kembali meneruskan kerjaya akauntan beliau di Sydney pada tahun 1992 sehingga tahun 1996 dan kembali ke Sandakan pada tahun 1997 sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Peter Lo & Co.

    Yang Amat Arif seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 29.08.2005, seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 11 April 2007.

    Sepanjang perkhidmatan Yang Amat Arif di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Yang Amat Arif telah menjadi Hakim Pengurus dalam memastikan sistem pengkomputeran dan Court Recording System di perkenalkan sehingga ke hari ini.

    Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif dilantik ke Mahkamah Rayuan dan pada 27.04.2018, Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 11 Julai 2018, Yang Amat Arif telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

    Yang Amat Arif telah berkahwin dengan YBhg. Puan Sri Janet Wong Ying Kin dan dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Davina, Daphne dan Justin.
  • Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara, Malaysia
    PMN, SPSK, DUPN, DPSK 

    Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Yang Amat Arif Tan Sri telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Tan Sri dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

    Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tan Sri juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

    Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

    Yang Amat Arif Tan Sri telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada 13 Julai 2019 Yang Amat Arif Dato' Seri Utama telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Pada 9 September 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dianugerahkan dengan darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

     

  • YAA Dato' Rohana binti Yusof
    Presiden Mahkamah Rayuan
    SPSK, DPSK

    Yang Arif Dato’ Rohana binti Yusuf dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 09 Mei 1956. Yang Arif Dato’ lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, Diploma Undang-Undang dan Amalan Guaman Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1992, dan Master of Comparative Laws (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.

    Yang Arif Dato’ telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1980 sebagai Penolong Penggubal, Undang-Undang (Parlimen) di Jabatan Peguam Negara, dan kemudian pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, dan seterusnya pada tahun 1986 sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara.  Kemudiaan Yang Arif Dato’ memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.  Yang Arif Dato’ telah bersara secara pilihan dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas 18 tahun berkhidmat.

    Yang Arif Dato’ mula memasuki sektor swasta pada tahun 1997 sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat, di Kumpulan UCM Industrial Corporation Berhad, dan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat di International Bank Malaysia Berhad. 

    Yang Arif Dato’ juga pernah mengamal undang-undang sebagai Rakan Kongsi di Tetuan GH Tee & Co pada tahun 2000. Sebelum menyertai Badan Kehakiman, Yang Arif Dato’ bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 hingga 2005.

    Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 1 September 2005 dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pada 17 April 2007.

    Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 08 Januari 2013 dan pada 27 April 2018, Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Pada 25 November 2019, Yang Arif Dato’ telah dilantik untuk menjalankan Kuasa-kuasa dan Tugas-tugas Presiden Mahkamah Rayuan.

    Yang Arif Dato’ dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nor Alina binti Azmi dan Mohamad Rizal bin Azmi.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 10 Julai 2020.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hakcipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Kiraan Pelawat Hari Ini 9 | Semalam 251 | Mingguan 1683 | Bulanan 2499 | Semua 3150116