Khamis, 28 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Ketua Hakim Negara

  • Hakim Mahkamah Atasan

  • Ketua Hakim Negara, Malaysia

    Nama Tarikh Pelantikan
    YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat 02.05.2019
       
  • Perjawatan dan Pengisian Hakim Mahkamah Atasan (Sehingga 19 Mac 2024)

  • Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

    YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
    Ketua Hakim Negara
    SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

    Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Yang Amat Arif Tun telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

    Yang Amat Arif Tun telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif Tun mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif Tun telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Arif Tun dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

    Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tun juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

    Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

    Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada 13 Julai 2019 Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Pada 9 September 2019, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 20 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 982 | Semalam 983 | Mingguan 4033 | Bulanan 27827 | Semua 4353381