Selasa, 12 November 2019
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Latihan

  • A lecture entitled “Eastminster - Constitution - Making in Malaysia and Commonwealth Asia Following Independence” was held on 11 November 2017 (Saturday) at the Conference Hall, Palace of Justice, Putrajaya. The lecture was delivered by Dr. Harshan Kumarasingham, a historian, politic and constitutional expert. He is a Lecturer in British politics at the University of Edinburgh and Senior Research Fellow at the Institute of Commonwealth Studies, University of London. This talk broadly examined the history of constitution making in Malaysia following independence. The speaker also explored the comparison between the concept of Eastminster and Westminister in the constitution making and its consequences to all of Asia.

    A total of 70 participants comprising 8 Federal Court Judges, 20 Court of Appeal Judges, 27 High Court Judges, 12 Judicial Commissioners and 2 Judicial Officers attended the lecture. The Right Honourable Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Chief Judge of the High Court in Malaya and The Honourable Tan Sri Azahar bin Mohamed, Federal Court Judge as the Chairman of the Training Committee of the Judicial Academy were also present. The implementation of this program received positive feedback from all participants.

  • Kursus“Adjudication of Habeas Corpus Cases and Amendment to Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) di Conference Hall, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman yang menyeluruh peserta-peserta mengenai undang-undang Habeas Corpus.

    Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 19 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; dan YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Sesi 1 kursus ini telah dimulakan dengan ceramah oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop bertajuk “Amendment to Dangerous Drugs Act 1952” diikuti dengan sesi soaljawab. Ceramah kedua disampaikan oleh YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh bertajuk “Adjucating Habeas Corpus Cases”. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada tujuh  kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima ahli setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang berlangsung pada sebelah petangnya. Secara keseluruhannya, kursus ini mendapat maklum balas yang amat baik daripada kalangan peserta.

  • Akademi Kehakiman telah ditubuhkan pada 16 Disember 2011 melalui keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bilangan 12 Tahun 2011. Jawatankuasa Akademi Kehakiman dianggotai oleh Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim yang dipilih dari kalangan Hakim Mahkamah Atasan.

    Objektif Akademi Kehakiman adalah memastikan latihan bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan dilaksana dengan lebih terancang mengikut modul-modul yang dikenalpasti dan dilulus oleh Jawatankuasa ini. Akademi ini juga memainkan peranan sebagai pemantau keberkesanan dan pemangkin kecemerlangan berterusan institusi Kehakiman melalui penulisan ilmiah perundangan dan kehakiman.

    Di bawah Akademi Kehakiman terdapat dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penerbitan. Jawatankuasa Latihan bertanggungjawab mengenalpasti bidang-bidang untuk latihan, menetapkan modul latihan yang bersesuaian (Seminar, Kursus dan Bengkel), mengenalpasti fasilitator dan peserta dan menyediakan bahan-bahan kajian kes. Jawatan Kuasa Penerbitan bertanggunjawab mengenalpasti bidang- bidang untuk penulisan artikel bagi "Journal of the Malaysian Judiciary (JMJ)", mengenalpasti hakim-hakim untuk penulisan artikel JMJ, menyemak dan membaca pruf artikel-artikel untuk diterbitkan, dan menyelia penerbitan JMJ dalam menerbitkan "Journal of Malaysian Judiciary (JMJ)" bermula dari tahun 2016.

    Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia kepada Akademi Kehakiman.

  • Seminar “Appelatte Judging and Appellate Intervention” telah diadakan pada 24 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan memberikan peluang kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dengan peluang untuk mengkaji semula dan mengembangkan ilmu serta kemahiran mereka. Selain itu, mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta rakain-rakan hakim yang lain mengenai isu-isu kepentingan bersama.

    Ceramah sesi pertama di dalam seminar ini telah disampaikan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara yang bertajuk “Appellate Judging”. Manakala ceramah di sesi kedua telah disampaikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “Appellate Intervention”. Sesi perbincangan yang interaktif telah diadakan selepas itu di antara peserta-peserta dan penceramah/ fasilitator yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara; YAA Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.

  • Kursus “Appellate Judgment Writing” telah diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran penulisan penghakiman rayuan di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan di Malaysia. Program separuh hari ini terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pertama ialah ceramah bertajuk “Civil Appeal Judgment” yang disampaikan oleh YA Justice Judith Prakash, Hakim Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi kedua yang bertajuk “Criminal Appeal Judgment” telah disampaikan oleh YA Justice Chao Hick Tin, Hakim Kanan di Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi Soal Jawab juga telah diadakan selepas kedua-dua ceramah tersebut berakhir.

    Seramai 16 orang peserta yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

  • Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 21-22 September 2018 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman yang menyeluruh para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman mengenai aspek tertentu undang-undang pembuktian dan prosedur jenayah.

    Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; dan YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim dan 1 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 pada hari kedua yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai lima atau enam orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan empat kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petangnya. Secara amnya, kursus ini mendapat maklum balas yang amat baik daripada kalangan peserta.

  • Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 5-6 Julai 2019 (Jumaat-Sabtu) di Zenith Hotel, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan para Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman dengan pemahaman menyeluruh aspek tertentu berkaitan bukti dan prosedur jenayah.

    Seramai 19 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 6 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; dan YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

    Pelaksanaan kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 4 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kemudian Sesi 2 telah diteruskan dengan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai lima atau enam orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan dengan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada Sesi 3 yang telah diadakan pada hari kedua. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil pembentangan tersebut telah dilakukan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh. Kursus ini telah menerima maklum balas yang baik daripada para peserta dan juga fasilitator.

  • Kursus“Damages: Contract” telah diadakan pada 30 November-1 Disember 2018 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dalam menilai ganti rugi kes-kes berkaitan kontrak. Kursus ini adalah kursus lanjutan daripada Kursus“Damages: Tort” yang telah diadakan pada 19-21 Oktober 2018 di The Everly Putrajaya.

    Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 12 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga dihadiri oleh YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada tujuh orang Hakim Mahkamah Tinggi dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 pada hari pertama dan kedua yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat hingga lima orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petang pada hari kedua. Perbincangan yang interaktif di antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil perbincangan tadi telah diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para peserta.

  • Kursus“Damages: Tort” telah diadakan pada 19-21 Oktober 2018 (Jumaat-Ahad) di The Everly Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menilai ganti rugi ke atas kes-kes dan alasan penghakiman berkaitan tort.

    Seramai 31 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 14 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Nalini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini dibahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pembentangan tugasan individu, sesi perbincangan berkumpulan bagi kajian kes dan pembentangan kumpulan. Bagi sesi pertama kursus ‘Damages: Tort’ kali ini, topik pembentangan individu telah dikurangkan kepada enam topik berbanding sepuluh topik pada siri terdahulu. Pengurangan topik ini bertujuan untuk memberi masa yang lebih  kepada pembentang dan peserta untuk berinteraksi dan mengupas topik yang dibentangkan.

    Sesi seterusnya adalah Sesi 2 yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tiga kajian kes untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Setiap pembentangan kajian kes disusuli dengan rumusan senarai semak sebagai panduan kepada para peserta.

  • 15 - 16 February 2019 | Palace of Justice, Putrajaya

    "Principles of Contractual Interpretation" Course

     

  • eminar “Insolvency Act 1967: Understanding the New Bankruptcy Law” telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang kini telah dinamakan semula sebagai Akta Insolvensi 1967.

    Seramai 111 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 18 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 33 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 20 orang Pesuruhjaya Kehakiman, 30 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan serta 3 orang pegawai jemputan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengikuti seminar ini. Seminar ini turut dihadiri oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Akademi Kehakiman.

    Ceramah di Sesi Pertama seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang bertajuk “An Overview of the New Bankruptcy Law”. Pada Sesi Kedua, ceramah telah disampaikan oleh YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “New Rescue Mechanism: Voluntary Arrangement and Interim Order”. Ceramah yang bertajuk “Specific Features of the New Insolvency Regime: Single Bankruptcy Order, Order of Substituted Service, Automatic Discharge” telah disampaikan oleh YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan pada Sesi Ketiga. Manakala pada Sesi Keempat, YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan telah bertindak sebagai moderator bagi mengendalikan satu sesi soal jawab dengan ahli-ahli panel terdiri daripada penceramah-penceramah pada Sesi, Pertama, Kedua dan ketiga tersebut.


  • Kursus “Judicial Review and Appellate Intervention” telah diadakan di Banglo Tramsit, Presint 10, Putrajaya pada 10 - 11 November 2012 (Sabtu dan Ahad).

    Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Mohamad Ariff bin Md. Yusof; Hakim Mahkamah Rayuan, dan YA Dato’ Verghese a/l george Varughese; Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini seperti berikut:

    Bil   Nama
    Tempat Bertugas
    1. YA Dato' Seri Zakaria bin Sam Hakim Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang
    2. YA Datuk Lau Bee Lan Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    3. YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    4. YA Tuan Abang Iskandar bin Abang Hashim Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    5. YA Dato' Haji Zainal Azman B. Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    6. YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru
    7. YA Dato' Umi Kalthum binti Abdul Majid Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
    8. YA Dato' Rhodzariah binti Bujang Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching
    9. YA Tuan Harmindar Singh Dhaliwal Hakim Mahkamah Tinggi, Ipoh
    10. YA Dato' Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Taiping
    11. YA Tuan Lee Heng Cheong Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    12. YA Puan See Mee Chun Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
    13. YA Dato' Hashim bin Hamzah Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam
    14. YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    15. YA Datin Hajah Azizah binti Haji Nawawi Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    16. YA Tuan Wong Chiang Kiat Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Pada hari pertama peserta telah dibahagikan kepada 4 Kumpulan. Setiap Kumpulan membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    Kumpulan i: Appellate Intervention On Judicial Review

    Penyampi: YA Tuan Abang Iskandar bin Abang hashim

    Ahli:

    1. YA Dato' Umi Kalthum binti Abdul Majid
    2. YA Tuan Lee Heng Cheong
    3. YA Datin Hajjah Azizah binti Haji Nawawi

    Kumpulan ii: Appellate Intervention On Finding Of Facts

    Penyampi: YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat

    Ahli:

    1. YA Datuk Lau Bee Lan
    2. YA Dato' Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz
    3. YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said

    Kumpulan iii: Appellate Intervention On Sentencing

    Penyampi: YA Dato’ Seri Zakaria b. Sam

    Ahli:

    1. YA Datuk Siri Mariah binti Haji Ahmad
    2. YA Dato' Hashim bin Hamzah
    3. YA Tuan Wong Chiang Kiat

    Kumpulan iv: Appellate Intervention In Running Down Cases

    Penyampi : YA Tuan Harmindar Singh Dhaliwal

    Ahli:

    1. YA Dato' Rhodzariah binti Bujang
    2. YA Dato' Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin
    3. YA Puan See Mee Chun

    Di hari kedua, Fasilitator telah membincangkan “Practical Issues in Judicial Review Adjudication, with Particular reference to Cases Studies” yang disediakan oleh fasilitator. Setiap Kumpulan telah diberi kes-kes untuk dibincangkan dan dibentangkan.

  • Kursus “How to Read Statute” telah diadakan pada 5 April 2019 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pembacaan statut di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan. Program separuh hari ini melibatkan ceramah yang telah disampaikan oleh YA Datuk Nor Bee binti Ariffin, Hakim Mahkamah Rayuan. Sesi Soal Jawab antara penceramah dan para peserta telah diadakan sebaik sahaja ceramah tersebut berakhir.

    Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan.

  •    

       

       

  •   

       

     

  • A Meeting on The Administration of Justice and Training for Superior Court Judges were held from 20-22 November 2015 in Langkawi, Kedah. A total of 17 judges, comprises of Managing Judges and Committee Members of the Judicial Academy attended the meeting, including YAA Tun Arifin bin Zakaria, Chief Justice of Malaya, YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, President of the Court of Appeal and YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Chief Judge of the High Court in Malaya.

    The Meeting’s primary objective is to analyse all the activities that has been carried out for the year 2015, to make suggestions and recommendations towards the improving of the administration of justice.

    Among the agendas discussed in the Meeting are the Role and the Assessment of Managing Judges; A Review of Training Programmes Carried Out Under The Purview of The Judicial Academy and Recommendations for Future Training Programmes; and The Establishment of the Publication Division, Judicial Academy.

  • Kursus “Principles of Contractual Interpretation” telah diadakan pada 15-16 Februari 2019 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam penafsiran kontrak-kontrak.

    Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 14 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada 5 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 3 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi 2 yang telah telah diadakan pada hari pertama dan kedua adalah merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan dengan satu kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petang pada hari kedua. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil perbincangan tadi diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para peserta. Keseluruhannya, para peserta telah memberikan maklum balas yang amat baik ke atas kursus ini.

  • Kursus “Principles of Contractual Interpretation” telah diadakan pada 20-21 September 2019 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Banquet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan pengetahuan dan kemahiran ke atas tafsiran kontrak.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu pembentangan oleh peserta-peserta yang terpilih, perbincangan kumpulan bagi kajian kes, dan pembentangan dan perbincangan kajian kes. Sesi pertama kursus telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada lima orang Hakim Mahkamah Tinggi dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kemudian, sesi kedua telah diteruskan dengan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tiga kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada sesi ketiga kursus. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil pembentangan tersebut telah diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh. Kursus ini telah menerima maklum balas yang baik daripada para fasilitator dan juga peserta.

    Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya.

  • “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 29 April-3 Mei 2019 (Isnin-Jumaat) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 17 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “The Making of a Good Judge”; “Judge Craft”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “When to Recuse”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “Case Management”; “An Overview to Court-Annexed Mediation”; “Practical Approach to Judgment Writing and Importance of Language”; “How to Read Statute”; E-Court System and Practical”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “Adjudicating Cases under Section 302 of the Penal Code”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.

    Seramai 11 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Mohd Tahar, YBhg. Dato’ Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Tuan Awg Armadajaya bin Awg Mahmud, YBhg. Datuk Duncan Sikodol, Encik Muniandy Kannyappan, YBrs. Dr. Shahnaz Sulaiman, Puan Evrol Mariette Peters, Encik Christopher Chin Soo Yin, Encik Ong Chee Kwan, Puan Maidzuara binti Mohammed dan Encik Mohd Radzi bin Abdul Hamid.

  • Seminar “Quantification of Damages” telah diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan berkaitan pengiraan ganti rugi kepada para peserta. Program ini telah dibahagikan kepada 5 tajuk ceramah. Sebanyak tiga ceramah telah disampaikan pada sesi pagi yang bertajuk “Financing Reporting in Malaysia”, “Valuation: Art, Science or Magic?” dan “Valuation of Shares and Businesses - How Reliable are the Various Valuation Methods?”. Dua lagi ceramah iaitu “Valuation of Damages - Are Lawyers and Valuers Speaking the Same Language?” dan “Minding the (Valuation) Gap” telah disampaikan pada sesi petang. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Eksekutif - PwC Malaysia; Encik Jay Moorthy, Rakan Kongsi – Ketua Penilai, PwC Malaysia; Encik Michael Peer, Rakan Kongsi – Ketua Penasihat Pertikaian, PwC Asia Tenggara; dan Encik Justin Lim Chee Teong, CA, Pengarah – Penilai, PwC Malaysia. Sesi soal jawab telah diadakan sebaik sahaja setiap ceramah berakhir.

    Seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 20 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 41 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman dan 23 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Selasa 29 Oktober 2019.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hakcipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Kiraan Pelawat Hari Ini 226 | Semalam 255 | Mingguan 481 | Bulanan 2220 | Semua 3112504