Jumaat, 29 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Latihan

  • Insolvency Act 1967: Understanding The New Bankruptcy Law, 10 Februari 2018

    Seminar “Insolvency Act 1967: Understanding the New Bankruptcy Law” telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang kini telah dinamakan semula sebagai Akta Insolvensi 1967.

    Seramai 111 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 18 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 33 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 20 orang Pesuruhjaya Kehakiman, 30 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan serta 3 orang pegawai jemputan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengikuti seminar ini. Seminar ini turut dihadiri oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Akademi Kehakiman.

    Ceramah di Sesi Pertama seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang bertajuk “An Overview of the New Bankruptcy Law”. Pada Sesi Kedua, ceramah telah disampaikan oleh YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “New Rescue Mechanism: Voluntary Arrangement and Interim Order”. Ceramah yang bertajuk “Specific Features of the New Insolvency Regime: Single Bankruptcy Order, Order of Substituted Service, Automatic Discharge” telah disampaikan oleh YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan pada Sesi Ketiga. Manakala pada Sesi Keempat, YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan telah bertindak sebagai moderator bagi mengendalikan satu sesi soal jawab dengan ahli-ahli panel terdiri daripada penceramah-penceramah pada Sesi, Pertama, Kedua dan ketiga tersebut.

  • Intellectual Property Law, 3-4 September 2016

    Kursus “Intellectual Property Law” telah diadakan pada 3 dan 4 September 2016 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Putrajaya. Kursus yang telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya ini merupakan program keenam yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman dalam tahun 2016.

    Peserta-peserta terdiri daripada:

    (i)Hakim Mahkamah Tinggi – 8 orang; dan
    (ii)Pesuruhjaya Kehakiman – 7 orang.

    Barisan penceramah/fasilitator pula terdiri daripada:

    (i) YA Tan Sri Ramly bin Haji Ali  
      Hakim Mahkamah Persekutuan
    Tajuk ceramah: Intellectual Property: Trade Marks, Passing-Off, Patents and Industrial Designs: Practical Approach;
    (ii) YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
      Hakim Mahkamah Persekutuan
    Tajuk ceramah: Adjudicating Intellectual Property Litigation; dan
    (iii)  YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim
      Hakim Mahkamah Persekutuan
    Tajuk ceramah: Overview

    Peserta kursus telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menyelesaikan dua tugasan kajian kes dan seterusnya melakukan pembentangan dalam kursus ini. Tugasan kajian kes tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah para peserta berkaitan kes-kes“Intellectual Property Law” di Malaysia.

    Sesi perbincangan dan soal jawab telah diadakan selepas sesi pembentangan setiap kumpulan.

    Kursus yang berlangsung selama satu setengah hari ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan menerima penilaian yang sangat positif di kalangan peserta.

  • Islamic Banking Structures and Products: Issues and Challenges, 24-25 April 2014

    Bengkel “Islamic Banking Structures and Products: Issues and Challenges” merupakan bengkel anjuran bersama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Bank Negara Malaysia.

    Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya

    Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan hakim-hakim kepada struktur dan produk yang berkaitan dengan perbankan Islam dan mengenalpasti isu-isu utama perundangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam.

    Dalam bengkel ini telah diperkenalkan beberapa prinsip utama syari’ah yang meliputi fiqh muamalat dan maqasid syari’ah. Bengkel ini juga membincangkan prinsip-prinsip dan pelaksanaan sale-based contracts, lease-based contracts dan equity-based contracts di samping menyentuh beberapa mekanisma sokongan dalam sistem perbankan Islam.

    Bengkel ini telah dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 19 Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri bengkel yang berlangsung selama 2 hari pada 24-25 April 2014 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

  • Islamic Finance Workshop Series For Judges : Managing Islamic Banking Cases, 28-29 Jun 2013

    Bengkel “Islamic Finance Workshop Series for Judges : Managing Islamic Banking Cases” adalah merupakan bengkel anjuran bersama yang julung-julung kali diadakan antara Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Ia telah diadakan pada 28-29 Jun 2013 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

    Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya dan YBhg. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara.

    Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan hakim-hakim kepada isu-isu semasa dan mengenalpasti cabaran-cabaran utama terutamanya dalam aspek perundangan yang dihadapi dalam institusi perbankan Islam. Sehubungan itu, bengkel ini telah dirangka untuk membincangkan beberapa aspek penting dalam pengurusan perbankan Islam seperti:

    (i) memperkenalkan prinsip-prinsip utama syariah dalam sistem kewangan Islam; 
    (ii) Membincangkan sale-based contracts yang sering digunapakai dalam transaksi kewangan Islam dan pelaksanaan ibra’ (rebate); 
    (iii) Membincangkan prinsip-prinsip musharakah, mudarabah dan lease-based contracts termasuk perbincangan mengenai wa’d (promise); dan 
    (iv) Membincangkan struktur sukuk, kerangka perundangan dan isu-isu yang berkaitan.

    Seramai 10 orang penceramah yang pakar dalam bidang kewangan/perundangan Islam telah dijemput mengendalikan bengkel ini. Mereka adalah

    (i) Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku moderator bengkel;
    (ii) Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa;
    (iii) Assoc. Prof. Dr. Aznan Hassan, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa;(iv) Encik Mohamed Ridza Abdullah, Managing Partner, Messrs. Mohamed Ridza and Co.;
    (v) Encik Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Amanah Malaysia;
    (vi) Encik Wan Mohd. Nazri Wan Osman, Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia; 
    (vii) YABhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara dan Chairman, Law Harmonisation Committee of Bank Negara Malaysia; 
    (viii) Dr. Mohd. Daud Bakar, Chairman of Syariah Advisory Council, Bank Negara Malaysia; 
    (ix) YA Dato’ Haji Mohd. Zawawi Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan; dan 
    (x) YA Dato” Rohana Yusuf, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada 56 Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman serta 29 Pegawai Kehakiman telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 5 sesi ceramah dan 2 perbincangan panel. Di setiap sesi ceramah diperuntukkan selama 1 jam, manakala panel perbincangan antara 45 minit hingga 1½ jam. Majlis penutupan rasmi bengkel ini telah disempurnakan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

  • Judge Craft and Judgment Writing, 2-4 Jun 2015

    Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan diPulau Pinang pada 02-04 Jun 2015 (Selasa hingga Khamis).

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 6 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Peserta-peserta kursus adalah seperti berikut:

    1. YA Datuk Lau Bee Lan Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    2. YA Dato’ Suraya binti Othman Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    3. YA Dato’ Hue Siew Kheng Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    4. YA Puan Amelia Tee Hong Geok binti Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    5. YA Datuk Samsudin bin Hassan Hakim Mahkamah Tinggi, Ipoh
    6. YA Dato’ Hashim bin Hamzah Hakim Mahkamah Tinggi, Alor Setar
    7. YA Tuan Wong Teck Meng Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    8. YA Tuan Abu Bakar bin Katar Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kangar
    9. YA Dato’ Nordin bin Hassan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    10. YA Dato’ Azmi bin Ariffin Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    11. YA Tuan Collin Lawrence Sequerah Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    12. YA Dr Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuching
    13. YA Tuan Ahmad bin Bache Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Bharu
    14.  YA Dato’ Mohd Firuz bin Jaffril Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malacca
    15.  YA Tuan Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Johor Bahru
    16.  YA Tuan Gabriel Gumis Humen Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membentang tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan kemudian disusuli dengan perbincangan.

    Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan tersebut di akhir kursus ini.

  • Judge Craft and Judgment Writing, 16-18 Januari 2015

    Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan di Putrajaya pada 16-18 Januari 2015 (Jumaat hingga Ahad).

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 8 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Peserta-peserta kursus adalah seperti berikut:

         
    1. YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    2. YA Dato' Zulkifli bin Bakar Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    3. YA Dato' Haji Ghazali bin Haji Cha Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    4. YA Dato' Sri Mariana binti Haji Yahya  Hakim Mahkamah Tinggi, Kuantan
    5. YA Dato' Akhtar bin Tahir  Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    6. YA Datuk Nor Bee binti Ariffin  Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    7. YA Dato’ Has Zanah binti Mehat  Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    8. YA Dato’ Ahmad Nasfy bin Haji Yasin  Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    9. YA Puan S.M. Komathy a/p Suppiah  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ipoh
    10. YA Tuan Nantha Balan a/l E.S. Moorthy  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    11. YA Tuan Abu Bakar bin Jais  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    12. YA Datuk Mairin bin Idang @ Martin  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Miri
    13. YA Datuk Azimah binti Omar  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    14. YA Datuk Wong Kian Kheong  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    15. YA Tuan Azizul Azmi bin Adnan  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    16. YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Taiping

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, setiap peserta dikehendaki membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan disusuli dengan perbincangan.

    Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut di akhir kursus ini.

  • Judge Craft and Judgment Writing, 19 - 21 Februari 2016

    Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah  diadakan  pada 19 - 21 Februari 2016 di Putrajaya.

    Seramai 16 peserta yang terdiri daripada 4 Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Kursus 3 hari ini dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang berpengalaman iaitu YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Wira Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, peserta telah didedahkan dengan 7 senario melalui tayangan video bertajuk “Judge in Jeans: The Business of Judging”  yang berkait dengan pelbagai isu kehakiman dan ia disusuli dengan perbincangan.

    Peserta kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membentang tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan kemudian disusuli dengan perbincangan. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut adalah seperti berikut:

    (i) 
    The Making of a Good Judge ; 
    (ii) 
    Pending Hearing; dan
    (iii) Sitting in Judgment

    Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman sebenar yang telah dikenalpasti oleh fasilitator. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut diakhir kursus.

  • Judge Craft and Judgment Writing, 20-22 Mac 2015

    Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan di Johor Bahru pada 20-22 Mac 2015 (Jumaat hingga Ahad).

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 10 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Peserta-peserta kursus adalah seperti berikut:

         
    1. YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru
    2. YA Dato' John Louis O’hara Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    3. YA Tuan Kamardin bin Hashim Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    4. YA Dato' Zabariah binti Mohd. Yusof Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    5. YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    6. YA Puan Supang Lian Hakim Mahkamah Tinggi, Sibu 
    7. YA Datuk Hanipah binti Farikullah Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    8. YA Puan See Mee Chun Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    9. YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil Hakim Mahkamah Tinggi, Melacca
    10. YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    11. YA Puan Siti Khadijah binti S. Hassan Badjenid Pesuruhjaya Kehakiman, Kuala Lumpur
    12. YA Tuan Gunalan a/l Muniandy Pesuruhjaya Kehakiman, Shah Alam
    13. YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali Pesuruhjaya Kehakiman, Ipoh
    14. YA Dato’ Haji Abd. Karim bin Haji Abd. Rahman Pesuruhjaya Kehakiman, Kuantan
    15. YA Dato’ Mat Zara’ai bin Alias Pesuruhjaya Kehakiman, Johor Bahru
    16. YA Puan Noorin binti Badaruddin Pesuruhjaya Kehakiman, Ipoh

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membentang tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan kemudian disusuli dengan perbincangan.

    Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan tersebut di akhir kursus ini.

  • Judge Craft and Judgment Writing, 28-29 November 2014

    Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah diadakan di Putrajaya pada 28-29 November 2014 (Jumaat dan Sabtu).

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 9 Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahimi, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan. Senarai peserta kursus ini adalah seperti berikut:

    1. YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman  Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam 
    2. YA Dato' Mohd Azman bin Husin Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    3. YA Dato' Ahmad Zaidi bin Ibrahim   Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu 
    4. YA Dato' Haji Azman bin Abdullah  Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu 
    5. YA Dato' Mohd Yazid bin Haji Mustafa  Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu
    6. YA Dato' Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz  Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
    7. YA Datuk Wira Halijah binti Abbas  Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    8. YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    9. YA Puan Rosilah binti Yop  Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    10. YA Dato' Zakiah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Alor Setar
    11. YA Dato' Mohd. Zaki bin Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Kangar
    12. YA Dato’ Rozana binti Ali Yusoff  Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam
    13. YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Tawau
    14.  YA Tuan Lim Chong Fong  Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Shah Alam
    15. YA Dr. Sabirin bin Ja’afar Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah  Johor Bahru
    16. YA Dr. Choo Kah Sing  Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Shah Alam

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, setiap peserta dikehendaki membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan disusuli dengan perbincangan.

    Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh fasilitator dan setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut di akhir kursus ini.

  • Judgment Writing, 19 - 20 Mei 2017

    Kursus ’Judgment Writing’ telah diadakan pada 19-20 Mei 2017 di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ini merupakan modul baharu yang julung kali diadakan melalui pendekatan yang berbeza dengan kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’ yang telah diadakan sebelum ini. Kursus ini merupakan kursus kelima yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman tahun 2017 selepas kursus-kursus ‘Induction Programme for Judicial Commissioners’ pada 20-27 Mac 2017, ‘How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code’ pada 31 Mac-1 April 2017, ‘Damages’ pada 7-8 April 2017 dan ‘Case Management in Civil Cases’ pada 12-13 Mei 2017.

    Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu peserta kursus mengembangkan dan meningkatkan kemahiran kehakiman dan teknik-teknik yang berkaitan dengan penulisan alasan penghakiman. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada 4 orang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, YA Dato’ Wira Aziah binti Ali dan YA Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha. Kursus ini turut dihadiri YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

    Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 18 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 5 orang Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini mengandungi ceramah-ceramah daripada fasilitator-fasilitator, kajian kes dan bengkel penulisan alasan penghakiman yang berkualiti. Tajuk-tajuk ceramah yang telah disampaikan adalah ‘Judgment Writing: Importance of Language’, ‘The Structure of the Judgment’ dan ‘The Art of Writing Judgment’.

  • Judicial Review And Appellate Intervention pada 10 dan 11 November 2012

    Kursus “Judicial Review and Appellate Intervention” telah diadakan di Banglo Tramsit, Presint 10, Putrajaya pada 10 - 11 November 2012 (Sabtu dan Ahad).
    Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Mohamad Ariff bin Md. Yusof; Hakim Mahkamah Rayuan, dan YA Dato’ Verghese a/l george Varughese; Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini seperti berikut:

    1. YA Dato' Seri Zakaria bin Sam, Hakim Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang
    2. YA Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    3. YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad, Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    4. YA Tuan Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    5. YA Dato' Haji Zainal Azman B. Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    6. YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru
    7. YA Dato' Umi Kalthum binti Abdul Majid, Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
    8. YA Dato' Rhodzariah binti Bujang, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching
    9. YA Tuan Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Tinggi, Ipoh
    10. YA Dato' Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Taiping
    11. YA Tuan Lee Heng Cheong, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    12. YA Puan See Mee Chun, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
    13. YA Dato' Hashim bin Hamzah, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam
    14. YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    15. YA Datin Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    16. YA Tuan Wong Chiang Kiat, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

    Pada hari pertama peserta telah dibahagikan kepada 4 Kumpulan. Setiap Kumpulan membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    Kumpulan i: Appellate Intervention On Judicial Review   Kumpulan ii: Appellate Intervention On Finding Of Facts
    Penyampi   Penyampi
    YA Tuan Abang Iskandar bin Abang hashim   YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat
    Ahli   Ahli
    YA Dato' Umi Kalthum binti Abdul Majid   YA Datuk Lau Bee Lan
    YA Tuan Lee Heng Cheong   YA Dato' Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz
    YA Datin Hajjah Azizah binti Haji Nawawi   YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said
         
    Kumpulan iii: Appellate Intervention On Sentencing   Kumpulan iv: Appellate Intervention In Running Down Cases
    Penyampi:    Penyampi: 
    YA Dato’ Seri Zakaria b. Sam   YA Tuan Harmindar Singh Dhaliwal
    Ahli:   Ahli:
    YA Datuk Siri Mariah binti Haji Ahmad   YA Dato' Rhodzariah binti Bujang
    YA Dato' Hashim bin Hamzah   YA Dato' Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin
    YA Tuan Wong Chiang Kiat   YA Puan See Mee Chun
         

    Di hari kedua, Fasilitator telah membincangkan “Practical Issues in Judicial Review Adjudication, with Particular reference to Cases Studies” yang disediakan oleh fasilitator. Setiap Kumpulan telah diberi kes-kes untuk dibincangkan dan dibentangkan.

  • Kursus “How to Read Statute” 5 April 2019

    Kursus “How to Read Statute” telah diadakan pada 5 April 2019 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pembacaan statut di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan. Program separuh hari ini melibatkan ceramah yang telah disampaikan oleh YA Datuk Nor Bee binti Ariffin, Hakim Mahkamah Rayuan. Sesi Soal Jawab antara penceramah dan para peserta telah diadakan sebaik sahaja ceramah tersebut berakhir.

    Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan.

  • Lain-Lain Program 2013

    Akademi Kehakiman telah melaksanakan kursus yang melibatkan penceramah daripada luar negara. Program ini telah dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi / Pesuruhjaya Kehakiman. Program ini telah dilaksanakan oleh Urus setia Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Kursus Tarikh
    i) The Construction Industry Payment And Adjudication Act 2012: The Role Of The Court Read More.. 15-16 Mac 2013
    ii) Islamic Finance Workshop Series for Judges: Managing Islamic Banking Cases Read More.. 28-29 June 2013
    iii) Dialogue Session Between The Honourable Society Of The Middle Temple And Malaysian Judiciary 21 Sept 2013
    v)  Construction Law: Issues and Challenges 10-11 Oct 2013
    vi) Appellate Judges Seminar 16 - 17 Dec 2013
  • Lain-Lain Program 2017

    Akademi Kehakiman telah melaksanakan kursus yang melibatkan penceramah daripada luar negara. Program ini telah dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi / Pesuruhjaya Kehakiman. Program ini telah dilaksanakan oleh Urus setia Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

    Bil Tarikh Tarikh
    i) Program 1 Hari Ketua Hakim Negara Bersama Hakim Mahkamah Tinggi/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam 15 April 2017
  • Lain-Lain Program 2018

    Akademi Kehakiman telah melaksanakan kursus yang melibatkan penceramah daripada luar negara. Program ini telah dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi / Pesuruhjaya Kehakiman. Program ini telah dilaksanakan oleh Urus setia Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Kursus Tarikh
    i) Program Ketua Hakim Negara bersama Hakim Mahkamah Tinggi/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 23 Februari 2018
  • Laporan Akademi Kehakiman 2012

  • Laporan Akademi Kehakiman 2013

     

     

  • Laporan Akademi Kehakiman 2014

     

     

  • Laporan Akademi Kehakiman 2015

  • Laporan Akademi Kehakiman 2016

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1380 | Semalam 1268 | Mingguan 5699 | Bulanan 29493 | Semua 4355047