Fungsi Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Dalam melaksanakan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, kerajaan telah menubuhkan urus setia kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Urus setia Suruhanjaya) iaitu Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman melalui Waran Perjawatan Bilangan A12 Tahun 2009 bertarikh 28 Januari 2009 yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2009.

Fungsi-fungsi Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah untuk:

  1. Mengurus pelantikan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di bawah subseksyen 5(1)(e) dan (f) Akta 695;
  2. Memproses cadangan dan permohonan pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan;
  3. Menyedia semua dokumen mesyuarat;
  4. Melaksana keputusan-keputusan Suruhanjaya;
  5. Menyedia jadual berkala mesyuarat - Mesyuarat Suruhanjaya;
  6. Menyedia laporan tahunan;
  7. Melaksana kajian penambahbaikan pentadbiran keadilan
  8. Menyedia memorandum Jemaah Menteri / maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
  9. Membangun dan menyelenggara laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman