Visi, Misi dan Objektif

 VISI 
Menjadi urus setia terbaik dalam urusan pemilihan bagi pelantikan dan pengukuhan profesionalisme Hakim-hakim Mahkamah Atasan.
 MISI 
Memastikan pemilihan bagi pelantikan dan pengukuhan profesionalisme Hakim-hakim Mahkamah Atasan dilaksanakan dengan telus berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.
 
 OBJEKTIF 
Melaksanakan fungsi pengurusan pemilihan bagi pelantikan dan pengukuhan profesionalisme Hakim-hakim Mahkamah Atasan dengan cekap, berkesan dan teratur.
 
 NILAI-NILAI BERSAMA 
 Integriti 
Melaksanakan tugas berasaskan etika kerja cemerlang dengan penuh amanah dan bertanggungjawab
 Berilmu 
 Mengamalkan pembelajaran berterusan dan membudayakan perkongsian ilmu
 Profesional 
Beriltizam dan proaktif dalam memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan melebihi jangkaan yang ditetapkan
 Disiplin 
Menepati masa dan mematuhi peraturan.
 Responsif 
Peka kepada kehendak stakeholder dan pelanggan.
 Inovatif dan Kreatif 
Berusaha ke arah penambahbaikan sejajar dengan objektif organisasi.
 Bekerjasama 
Saling membantu dalam melaksanakan tugas.