Soalan Lazim

S: Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan?

J: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009
bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

S: Apakah Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

J: Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

  • Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
  • Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
  • Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
  • Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
  • Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
  • Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

S: Siapakah anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman?

Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
YAA  Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
Ketua Hakim Negara, Malaysia
 
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: 
1) YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
 
2) 
Hakim Besar Malaya
 
3) YAA Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
 
Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri, Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia
4) YA Tan Sri  Nallini Pathmanathan
Hakim Mahkamah Persekutuan
 
5) YABhg. Tun Md Raus bin Sharif
Mantan Ketua Hakim Negara
 
6) YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar
Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
 
7) YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready
Mantan Peguam Besar Sarawak
 
8) YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 

S: Secara lazimnya, adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tertakluk kepada mana-mana Akta di Malaysia? Adakah undang-undang lain dirujuk juga?

J: Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan

S: Adakah saya dari kalangan pegawai kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan pesuruhjaya kehakiman sebagaimana pengamal undang-undang?

J: Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui borang yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

S: Bagaimanakah pengamal undang-undang serta pegawai perundangan dan kehakiman boleh memohon jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman?

J: Pengamal undang-undang boleh memohon  jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html. Manakala bagi pegawai  perundangan dan kehakiman permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di laman web SPK dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

S: Bagaimana status permohonan Pesuruhjaya Kehakiman yang dibuat apabila tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh setahun?

J: Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.

S: Di manakah borang permohonan atas talian boleh diperolehi?

J: http://www.jac.gov.my/spk/en/permohonan-pesuruhjaya-kehakiman-2.html