Selasa, 23 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan 17 Februari 2011

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 2/2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 17 Februari 2011. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/ Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi . Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Kelantan.

Semasa taklimat di Mahkamah Kota Bharu, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan bahawa kes-kes yang lama telah diberi perhatian sewajarnya dan diselesaikan segera disamping melaksanakan proses mediasi di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kes-kes tertunggak. Sehubungan dengan itu, Anggota Suruhanjaya telah menyaksikan bagaimana proses mediasi dijalankan dalam menyelesaikan kes tuntutan sivil kemalangan jalan raya oleh Tuan Zainal bin L.Saleh, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Selanjutnya, Anggota Suruhanjaya diberikan taklimat oleh YA Tuan Zaidi bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan YBhg. Datin Siti Mariam binti Haji Othman, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan mengenai kedudukan kes-kes jenayah dan sivil di mahkamah-mahkamah Negeri Kelantan dan usaha-usaha yang telah diambil untuk melupuskan kes-kes tertunggak.

Anggota Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian pelupusan kes-kes tertunggak di mahkamah-mahkamah Negeri Kelantan. Sebagai contoh, dalam kes sivil, hanya kes-kes yang didaftarkan pada tahun 2010 yang belum selesai, manakala kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya telah berjaya dilupuskan sepenuhnya. Begitu juga dalam kes kesalahan trafik yang berjumlah 28,081 kes, yang mana semua kes tersebut merupakan kes-kes yang baharu didaftarkan pada tahun 2010.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 248 | Semalam 1068 | Mingguan 2063 | Bulanan 24446 | Semua 4381426