Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Komplek Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 5/2012 di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu pada 10 Mei 2012. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Terengganu.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh Dato' Che Mohd Ruzima Ghazali, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaysia, mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Terengganu.