Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang 3 April 2013

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 4/2013 di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang pada 3 April 2013. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret dan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi serta sudut mediasi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat usaha menambahbaik sistem penyampaian mahkamah-mahkamah di Pahang.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Dato' Sri Mariana binti Haji Yahya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes baru di seluruh mahkamah di Negeri Pahang.