Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Melaka, Melaka 26 Jun 2014

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 7/2014 di Mahkamah Melaka pada 26 Jun 2014. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret.

Selepas sesi lawatan, Anggota Suruhanjaya telah diberi penerangan dan taklimat oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku Hakim Pengurus Negeri Melaka.

Selepas mesyuarat tersebut, Anggota Suruhanjaya telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Istana Melaka.