Lawatan dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan 9 April 2015

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanannya Bil. 4/2015 di Mahkamah Kota Bharu pada 9 April 2015. Anggota Suruhanjaya juga telah mengadakan lawatan di beberapa bahagian seperti Bahagian Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret serta menghadiri majlis pelancaran e-court. 

Satu sesi taklimat mengenai Cadangan Reka Bentuk Konsep Projek Kompleks Mahkamah Kota Bharu telah diadakan pada 9 April 2015 bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Haliza binti Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Ir. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya.