Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Di Mahkamah Johor Bahru, Johor 20 Disember 2016

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah mengadakan mesyuarat bulanan Bilangan 12 Tahun 2016 di Mahkamah Johor Bahru, Johor pada 20 Disember 2016 (Selasa).

Sebelum mesyuarat berlangsung, semua anggota mesyuarat dibawa oleh kakitangan Mahkamah Johor Bahru melawat Bahagian Pelaksanaan dan Lelong, Kompleks Mahkamah Johor Bahru. 

Program seterusnya bersambung dengan taklimat pada pukul 9.00 pagi dan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada pukul 11.00 pagi. Taklimat telah disampikan oleh YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Utara dan YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Johor Selatan mengenai statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di seluruh mahkamah di negeri Johor. 

Secara keseluruhannya, YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi Suruhanjaya berpuas hati dengan pencapaian Mahkamah Negeri Johor. Mesyuarat telah selesai pada pukul 12.00 tengah hari.