Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Lawatan Ke Mahkamah Negeri Pulau Pinang

Program satu hari ini dimulakan pada pagi 28 Julai 2023 (Jumaat) dengan lawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ke Bangunan Warisan Mahkamah Negeri Pulau Pinang. Pembentangan Statistik Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Pembentangan Statistik Mahkamah Rendah Pulau Pinang telah dilakukan sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan tersebut. Manakala Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bil. 8/2023 telah diadakan pada sebelah petangnya di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa Pulau Pinang. Statistik Mahkamah Rayuan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut oleh Puan Jumirah binti Marjuki, Pendaftar Mahkamah Rayuan.