Langkau ke kandungan utama
-

Program “Appellate Judges Retreat” telah diadakan pada 3-5 September 2024 (Selasa-Khamis) di Hotel Casa Del Rio, Melaka. Objektif program ini adalah ke arah amalan penghakiman rayuan yang lebih baik. Program ini ialah program retreat untuk Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.

Program ini telah diadakan selama satu setengah hari. Program pada hari pertama telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Kemudian program diteruskan dengan ceramah yang bertajuk “Mediasi” yang telah disampaikan oleh YA Dato’ Lim Chong Fong, Hakim Mahkamah Rayuan, ceramah yang bertajuk “Appellate Judge Craft” yang telah disampaikan oleh YABhg. Tun. Md. Raus bin Sharif, Mantan Ketua Hakim Negara, serta ceramah yang bertajuk “Penulisan Penghakiman Rayuan” yang telah disampaikan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; dan YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Program pada hari pertama diakhiri dengan ceramah yang telah disampaikan secara dalam talian oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noordin bin Darus, Pengasas DND World, yang bertajuk “Well for Life”. Manakala Rumusan Bengkel dan Sesi Penutup telah diadakan pada hari terakhir program.

Seramai 34 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; 10 orang Hakim Mahkamah Persekutuan; serta 21 orang Hakim Mahkamah Rayuan.

Peta Lokasi

Recent Posts