Langkau ke kandungan utama

YAA Dato' Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim

Hakim Besar Malaya
SSAP
PMW
JMN
Tarikh Pelantikan

Yang Amat Arif Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim dilahirkan pada 15 Mei 1959 di Kuantan, Pahang.

Yang Amat Arif telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Ogos 1983 sebagai Penasihat Undang-Undang/ Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Amat Arif kemudiannya berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang/ Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Telekomunikasi dan Pos serta Kementerian Kerja Raya. Yang Amat Arif mencipta sejarah sebagai pegawai wanita pertama yang memegang jawatan Penolong Penasihat Undang-Undang di Selangor.

Pada tahun 1994, Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor dan kemudiannya di Kuala Lumpur. Pada tahun 2000, Yang Amat Arif menjawat jawatan sebagai Pendaftar Mahkamah Rayuan. Seterusnya pada tahun 2007, Yang Amat Arif dilantik sebagai Pengarah Lembaga Kelayakan Undang-Undang (LQB) dan pada tahun 2009 sebagai Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi. Jawatan terakhir Yang Amat Arif dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari tahun 2009 hingga 2010.

Pada 3 Mei 2010, Yang Amat Arif dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan kemudiannya Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 4 April 2012. Yang Amat Arif berkhidmat di Bahagian Komersial di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016. Ketika memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Amat Arif juga telah dilantik sebagai Presiden Tribunal Rayuan Persaingan pada tahun 2013.

Yang Amat Arif telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 Disember 2019 dan pada 12 November 2024, Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Yang Amat Arif telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N) pada tahun 2009, Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk pada 1 Februari 2010 dan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri pada 8 Ogos 2020.

Yang Amat Arif telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Encik Mohd Idris bin Haji Habib, dan mereka telah dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Recent Posts