Friday, 19 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Sitemap

The Judiciary Outreach Program Series 3/2012

Program Outreach Badan Kehakiman telah diilhamkan oleh YAA Ketua Hakim Negara. Ia diadakan dengan objektif untuk:

(i) meningkatkan kesedaran hakim-hakim mahkamah atasan terhadap penjagaan alam semulajadi (preserve the nature);
(ii) memupuk semangat kerjasama (espirit de corp) di kalangan hakim-hakim; dan
(iii) melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan kepada masyarakat miskin dan mereka yang memerlukan.

Program ini merupakan program usaha sama antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Urusetia pelaksanaan program ini adalah Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Sabah. Program ini dihadiri oleh 15 hakim Mahkamah Atasan yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, seorang YA Hakim Mahkamah Persekutuan, 2 Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan 8 YA Hakim Mahkamah Tinggi dan YA Pesuruhjaya Kehakiman dari Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan program ini melibatkan beberapa aspek seperti ketahanan fizikal, kemasyarakatan, team building, pemupukan kesedaran terhadap alam semulajadi, perundangan dan taklimat oleh pihak penguatkuasaan tempatan.

Kesempatan menyertai program ini merupakan satu pengalaman baharu bagi sesetengah hakim. Program ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama (team building) dan togetherness di kalangan peserta. Ini telah membuatkan hubungan antara peserta menjadi semakin erat dalam suasana yang kurang formal berbanding sebelum ini.

Copyright Reserved © 2024 Judicial Appointments Commission

 

  • Last Updated : Friday 05 April 2024.

QR Code

Now you can browse Official Website of Judicial Appointments Commission mobile version via Smartphone with official website QR Code.

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.

Copyright | Disclaimer | Security Policy | Privacy Policy

Poll

Maps

Address

JUDICIAL APPOINTMENTS COMMISSION,
Level 5, North Block, Palace of Justice,
Precinct 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fax     03 8880 3549
E-mail  setiausaha[at]jac.gov.my

Today 1259 | Yesterday 1520 | Week 6201 | Month 19504 | All 4376484