Tuesday, 28 September 2021
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Sitemap

The Judiciary Outreach Program Series 1/2012

Program Outreach Badan Kehakiman telah diilhamkan oleh YAA Ketua Hakim Negara. Ia diadakan bertujuan untuk mewujudkan semangat kekitaan (esperit de corp) di kalangan hakim-hakim selain membolehkan hakim-hakim turun padang mengenali isu-isu perundangan yang berlaku di peringkat akar umbi.

Program ini merupakan program usaha sama antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Urusetia pelaksanaan program ini adalah Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Pahang. Program ini dihadiri oleh 14 orang hakim mahkamah atasan:-

Bil. Nama Jawatan
1. YAA Tan Sri Arifin b. Zakaria Ketua Hakim Negara
2. YAA Tan Sri Md. Raus b. Sharif Presiden Mahkamah Rayuan
3. YAA Tan Sri Dato’ Zulkefli b. Ahmad Makinudin Hakim Besar Malaya
4. YA Tan Sri Abdull Hamid b. Embong Hakim Mahkamah Persekutuan
5. YA Dato’ Ahmad b. Haji Maarop Hakim Mahkamah Persekutuan
6. YA Dato’ Jeffery Tan Kok Wha Hakim Mahkamah Persekutuan
7. YA Dato’ Sri Abu Samah b. Nordin Hakim Mahkamah Rayuan
8. YA Dato’ Mohd. Hishamudin b. Mohd. Yunus Hakim Mahkamah Rayuan
9. YA Dato’ Aziah bt. Ali Hakim Mahkamah Rayuan
10. YA Datuk Ramly b. Ali Hakim Mahkamah Rayuan
11. YA Dato’ Azahar b. Mohamed Hakim Mahkamah Rayuan
12. YA Dato’ Haji Mohd. Zawawi b. Salleh Hakim Mahkamah Tinggi
13. YA Dato’ Mariana bt. Haji Yahya Hakim Mahkamah Tinggi
14. YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat Hakim Mahkamah Tinggi

Pelaksanaan program ini melibatkan beberapa aspek seperti ketahanan fizikal, kemasyarakatan, team building serta pemupukan kesedaran terhadap alam semulajadi dan perundangan.

 

ULASAN YAA KETUA HAKIM NEGARA:-

“YAA Ketua Hakim Negara menyatakan program ini telah membawa konsep conservation the nature dan mendedahkan peserta untuk mempelajari dan mencintai alam semulajadi. Program ini telah berupaya menimbulkan kesedaran tentang betapa perlunya setiap individu menjaga alam semulajadi (preserve the nature). Kesedaran ini akan menghalang individu-individu dari melakukan kerosakan terhadap alam semulajadi. Ini kerana apabila berlaku kerosakan kepada alam semulajadi, maka kerosakan dan kehilangan tersebut tidak akan dapat diganti atau memakan masa yang amat panjang yang boleh menjangkaui ratusan tahun untuk dipulihkan. Oleh itu, YAA Ketua Hakim Negara menegaskan mereka yang bertanggungjawab merosakkan alam semulajadi hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang- undang berkaitan. Jika ini dapat difahami, YAA Ketua Hakim Negara berpendapat program ini telah berjaya mencapai objektifnya”.

Copyright Reserved © 2019 Judicial Appointments Commission


  • Last Updated : Thursday 09 September 2021.

QR Code

Now you can browse Official Website of Judicial Appointments Commission mobile version via Smartphone with official website QR Code.

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.

Copyright | Disclaimer | Security Policy | Privacy Policy

Poll

Maps

Address

JUDICIAL APPOINTMENTS COMMISSION,
Level 5, North Block, Palace of Justice,
Precinct 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fax     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Today 1024 | Yesterday 961 | Week 1985 | Month 23321 | All 3464990