Kursus Pengurusan Rekod dan Fail, 5 Disember 2016

The english content for this page is currently unavailable

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail pada Isnin 5 Disember 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SPK. Kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi kefahaman pegawai tentang garis panduan dan prosedur pengurusan fail seperti penerimaan dan pendaftaran surat, pembukaan fail, penyimpanan, pengedaran dan penutupan fail.

Bengkel ini melibatkan sesi pembelajaran secara ‘hands on’, pembentangan dan perbincangan dua hala di antara penceramah dan peserta. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini adalah Pn. Norsuriaty binti Awang Hassim, Pegawai Arkib dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri.