Isnin, 20 September 2021
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Kursus “How to Deal with Cases Under 39B of the Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan di Putrajaya pada 3-4 September 2015 (Khamis dan Jumaat).

Seramai 15 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 13 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 2 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan 2 oarang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan YA Dato’ Azahar bin Mohamed. Senarai peserta adalah seperti berikut:

1. YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
2.  YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
3.  YA Dato’ Zulkifli bin Bakar  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
4. YA Dato’ Mohd Azman bin Husin  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 
5. YA Dato’ Mohd Sofian bin Tan Sri Abd. Razak Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru 
6. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
7. YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
8. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu
9. YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
10. YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 
11. YA Datuk Wira Halijah binti Abbas Hakim Mahkamah Tinggi Muar
12. YA Dato’ Akhtar bin Tahir  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
13. YA Dato’ Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
14. YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Ab. Rahman  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan 
15. YA Dr. Sabirin bin Ja’afar  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 9 daripada 15 orang peserta telah dipilih untuk membentang tajuk-tajuk perbincangan yang berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Masa pembentangan adalah selama 20 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 10 minit. Tajuk-tajuk perbincangan adalah seperti berikut:

(i) Meaning of Prima Facie Case 
Oleh: YA Datuk Wira Halijah binti Abbas

(ii) Evaluation of Evidence at the End of Prosecution Case
Oleh: YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa

(iii) Chain of Evidence / Evidence By Chemist
Oleh: YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim

(iv) Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952) and Agent Provocateur / Informer 
Oleh: YA Dr. Sabirin bin Ja’afar

(v) Proof of Trafficking by Using Presumptions [Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952] 
Oleh: YA Dato’ Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin

(vi) Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence at the End of Defence Case
Oleh: YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha

(vii) Section 27 and Section 8 of the Evidence Act 
Oleh: YA Dato’ Akhtar bin Tahir

(viii) Common Intention (Section 34 of the Penal Code) 
Oleh: YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman 

(ix) Section 90A of Evidence Act 1950 (Principles and Application)
Oleh: YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad

Di sesi kedua, peserta-peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli. Mereka diberi tugas untuk membincangkan alasan penghakiman kes sebenar. Di akhir sesi ini, seorang peserta dari setiap kumpulan telah membentangkan hasil penemuan kelemahan dan kekuatan alasan penghakiman tersebut dan selepas itu seorang peserta lain dari setiap kumpulan akan membentangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh kumpulan tersebut berdasarkan kes itu.

 

PENGUMUMAN

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Khamis 09 September 2021.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Fak     03 8880 3549
Email  setiausaha@jac.gov.my

Hari Ini 525 | Semalam 817 | Mingguan 525 | Bulanan 15765 | Semua 3457434