Jumaat, 29 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
 

Bengkel “Islamic Finance Workshop Series for Judges : Managing Islamic Banking Cases” adalah merupakan bengkel anjuran bersama yang julung-julung kali diadakan antara Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Ia telah diadakan pada 28-29 Jun 2013 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya dan YBhg. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara.

Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan hakim-hakim kepada isu-isu semasa dan mengenalpasti cabaran-cabaran utama terutamanya dalam aspek perundangan yang dihadapi dalam institusi perbankan Islam. Sehubungan itu, bengkel ini telah dirangka untuk membincangkan beberapa aspek penting dalam pengurusan perbankan Islam seperti:

(i) memperkenalkan prinsip-prinsip utama syariah dalam sistem kewangan Islam; 
(ii) Membincangkan sale-based contracts yang sering digunapakai dalam transaksi kewangan Islam dan pelaksanaan ibra’ (rebate); 
(iii) Membincangkan prinsip-prinsip musharakah, mudarabah dan lease-based contracts termasuk perbincangan mengenai wa’d (promise); dan 
(iv) Membincangkan struktur sukuk, kerangka perundangan dan isu-isu yang berkaitan.

Seramai 10 orang penceramah yang pakar dalam bidang kewangan/perundangan Islam telah dijemput mengendalikan bengkel ini. Mereka adalah

(i) Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku moderator bengkel;
(ii) Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa;
(iii) Assoc. Prof. Dr. Aznan Hassan, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa;(iv) Encik Mohamed Ridza Abdullah, Managing Partner, Messrs. Mohamed Ridza and Co.;
(v) Encik Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Amanah Malaysia;
(vi) Encik Wan Mohd. Nazri Wan Osman, Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia; 
(vii) YABhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara dan Chairman, Law Harmonisation Committee of Bank Negara Malaysia; 
(viii) Dr. Mohd. Daud Bakar, Chairman of Syariah Advisory Council, Bank Negara Malaysia; 
(ix) YA Dato’ Haji Mohd. Zawawi Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan; dan 
(x) YA Dato” Rohana Yusuf, Hakim Mahkamah Rayuan.

Seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada 56 Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman serta 29 Pegawai Kehakiman telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 5 sesi ceramah dan 2 perbincangan panel. Di setiap sesi ceramah diperuntukkan selama 1 jam, manakala panel perbincangan antara 45 minit hingga 1½ jam. Majlis penutupan rasmi bengkel ini telah disempurnakan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

PENGUMUMAN

[SEBUT HARGA] : PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI TERIMA, MENGKONFIGURASI DAN MENTAULIAH ASET ICT BAGI TUJUAN SEWAAN PERKAKASAN SERTA PERISIAN ICT UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PEJABAT SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN   [SEBUT HARGA] : PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI TERIMA, MENGKONFIGURASI DAN...  

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1303 | Semalam 1268 | Mingguan 5622 | Bulanan 29416 | Semua 4354970