Sabtu, 20 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Akademi Kehakiman Malaysia

  • Persidangan Mediasi (Zon Selatan), 8 – 10 Julai 2011

    Conference on Applied Mediation (Zon Selatan) merupakan persidangan keempat dalam siri persidangan mediasi anjuran bersama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk melihat mediasi secara praktikal sebagai satu bentuk penyelesaian pertikaian alternatif yang ditawarkan oleh mahkamah kepada orang-orang yang bertikai. Ia dilaksanakan melalui mahkamah dan merupakan satu langkah penyelesaian pertikaian kes-kes sivil secara tidak formal, sukarela dan tertutup tanpa perlu melalui prosedur biasa di mahkamah. Kaedah ini didapati boleh mengurangkan perbalahan berbanding prosiding mahkamah, lebih tertutup dan sulit, menjimatkan masa dan kos serta semua pihak lebih berpuas hati.

    Ia telah diadakan pada 8 – 10 Julai 2011 di Johor Bahru. Persidangan ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada:

    (i)Enam (6) Hakim Mahkamah Tinggi; (ii)Satu (1) Pesuruhjaya Kehakiman; (iii)Tiga (3) Pengarah Mahkamah Negeri; (iv)Tujuh (7) Hakim Mahkamah Sesyen; (v)Tiga (3) Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah; dan (vi)Enam (6) Peguam Kanan Persekutuan / Peguam Persekutuan (Negeri) dari Jabatan Peguam Negara Johor, Melaka and Negeri Sembilan.

    Penceramah yang dijemput mengendalikan persidangan kali ini juga adalah Hakim Kanan Gordon J. Low, Senior Judge of Utah State, United States dan dibantu oleh YA Datuk Wira Low Hop Bing, Hakim Mahkamah Rayuan. Kedua-dua mereka merupakan hakim-hakim yang mahir dalam bidang mediasi.

  • Persidangan Mediasi (Zon Tengah), 27-29 Mei 2011

    Conference on Applied Mediation (Central Zone) merupakan persidangan ketiga dalam siri persidangan mediasi anjuran bersama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk melihat mediasi secara praktikal sebagai satu bentuk penyelesaian pertikaian alternatif yang ditawarkan oleh mahkamah kepada orang-orang yang bertikai. Ia dilaksanakan melalui mahkamah dan merupakan satu langkah penyelesaian pertikaian kes-kes sivil secara tidak formal, sukarela dan tertutup tanpa perlu melalui prosedur biasa di mahkamah. Kaedah ini didapati boleh mengurangkan perbalahan berbanding prosiding mahkamah, lebih tertutup dan sulit, menjimatkan masa dan kos serta semua pihak lebih berpuas hati.

    Ia telah diadakan pada 27-29 Mei 2011 di Genting Highland. Persidangan ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada: (i)    Tiga (3) Hakim Mahkamah Tinggi; (ii)    Enam (6) Pesuruhjaya Kehakiman (iii)    Satu (1) Pengarah Mahkamah Negeri; (iv)    Sepuluh (10) Hakim Mahkamah Sesyen, (v)    Lima (5) Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah; dan (vi)    Tiga (3) Majistret.

    Penceramah yang dijemput mengendalikan persidangan kali ini juga adalah Hakim Kanan Gordon J. Low, Senior Judge of Utah State, United States. Beliau merupakan seorang hakim yang mahir dalam bidang mediasi.  

  • Principles of Contractual Interpretation 15 - 16 Februari 2019

    Kursus “Principles of Contractual Interpretation” telah diadakan pada 15-16 Februari 2019 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam penafsiran kontrak-kontrak.

    Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 14 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada 5 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 3 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi 2 yang telah telah diadakan pada hari pertama dan kedua adalah merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan dengan satu kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petang pada hari kedua. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil perbincangan tadi diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para peserta. Keseluruhannya, para peserta telah memberikan maklum balas yang amat baik ke atas kursus ini.

  • Principles of Contractual Interpretation 20 - 21 September 2019

    Kursus “Principles of Contractual Interpretation” telah diadakan pada 20-21 September 2019 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Banquet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan pengetahuan dan kemahiran ke atas tafsiran kontrak.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu pembentangan oleh peserta-peserta yang terpilih, perbincangan kumpulan bagi kajian kes, dan pembentangan dan perbincangan kajian kes. Sesi pertama kursus telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada lima orang Hakim Mahkamah Tinggi dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kemudian, sesi kedua telah diteruskan dengan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tiga kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada sesi ketiga kursus. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil pembentangan tersebut telah diadakan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh. Kursus ini telah menerima maklum balas yang baik daripada para fasilitator dan juga peserta.

    Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya.

  • Program Court Annexed Mediation: Shortcomings And Future Developments Mahkamah Kuala Lumpur 13 Disember 2012

    Program ini diadakan bertujuan untuk melihat perkembangan pelaksanaan proses mediasi di beberapa buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. Ia juga bertujuan untuk melihat halangan-halangan yang dihadapi oleh mahkamah dan perancangan masa hadapan bagi menjadikan mediasi sebagai satu alternatif penyelesaian pertelingkahan (Alternative Dispute Resolution - ADR).

    Program ini merupakan program anjuran Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh 19 peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Program ini dipengerusikan oleh YA Dato' Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Rayuan, manakala fasilitator jemputan adalah Judge John Clifford Wallace, Senior Judge of the Ninth Circuit, United State of America. 

  • Program Court Annexed Mediation: Shortcomings And Future Developments Mahkamah Kuala Lumpur 13 Disember 2012

    Program ini diadakan bertujuan untuk melihat perkembangan pelaksanaan proses mediasi di beberapa buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. Ia juga bertujuan untuk melihat halangan-halangan yang dihadapi oleh mahkamah dan perancangan masa hadapan bagi menjadikan mediasi sebagai satu alternatif penyelesaian pertelingkahan (Alternative Dispute Resolution - ADR).

    Program ini merupakan program anjuran Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh 19 peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Program ini dipengerusikan oleh YA Dato' Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Rayuan, manakala fasilitator jemputan adalah Judge John Clifford Wallace, Senior Judge of the Ninth Circuit, United State of America. 

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman 29 April-3 Mei 2019

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 29 April-3 Mei 2019 (Isnin-Jumaat) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 17 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “The Making of a Good Judge”; “Judge Craft”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “When to Recuse”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “Case Management”; “An Overview to Court-Annexed Mediation”; “Practical Approach to Judgment Writing and Importance of Language”; “How to Read Statute”; E-Court System and Practical”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “Adjudicating Cases under Section 302 of the Penal Code”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.

    Seramai 11 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Mohd Tahar, YBhg. Dato’ Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Tuan Awg Armadajaya bin Awg Mahmud, YBhg. Datuk Duncan Sikodol, Encik Muniandy Kannyappan, YBrs. Dr. Shahnaz Sulaiman, Puan Evrol Mariette Peters, Encik Christopher Chin Soo Yin, Encik Ong Chee Kwan, Puan Maidzuara binti Mohammed dan Encik Mohd Radzi bin Abdul Hamid.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman 29 Mac -1 April 2021

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 29 Mac-1 April 2021 (Isnin-Khamis) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini adalah kursus pertama anjuran Akademi Kehakiman yang diadakan pada tahun 2021 dalam norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

    Seramai 10 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu Puan Amelati Anak Parnell, Puan Norliza binti Othman, Tuan Hasbullah bin Adam, YBhg. Dato’ Sri Shamsulbahri bin Haji Ibrahim, Tuan Roslan bin Mat Nor, Puan Julia binti Ibrahim, YBhg. Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas, YBhg. Dato’ Mohd Arief Emran bin Arifin, YBrs. Dr. John Lee Kien How@Mohd Johan Lee, dan Puan Adlin binti Abdul Majid.

    Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 10 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Joint Session with Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “Judgement Writing Workshop”; “Case Management in Civil Cases and Court-Annexed Mediation”; “How to Conduct Criminal Trials and Appeals/Revisions in the High Court”; “Managing Procastination and Competing Priorities”; “When to Recuse”; “Contempt Proceedings”; “How to Read Statutes”; dan “Judicial Power Under the Federal Constitution”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus yang bakal dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada akhir kursus.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman 6 - 9 Julai 2020

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 6-9 Julai 2020 (Isnin-Khamis) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini adalah kursus pertama anjuran Akademi Kehakiman yang diadakan dalam norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

    Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 13 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “When to Recuse”; “Committal Proceedings”; “Dealing with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “Arbitration and Construction Industry and Payment Adjudication Act 2012 (CIPAA)”; “Case Management in Civil Cases and Court-Annexed Mediation”; “How to Read Statutes”; “Judge Craft”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “Adjudicating Criminal Cases”; “The Art of Judging”; “Constitutional Interpretation”; dan “Judgement Writing [Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952 and Section 302 of the Penal Code]”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

    Seramai 13 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Datuk Hajah Zaleha Rose binti Datuk Hj. Pandin, YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, YBrs. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, YBhg. Datuk Amirudin bin Abd Rahman, Puan Mahazan binti Mat Taib, Tuan Bhupindar Singh a/l Gurcharan Singh Preet, Puan Alice Loke Yee Ching, Puan Nurulhuda Nur’aini binti Mohamad Nor, Encik Ahmad Murad bin Abdul Aziz, Encik Su Tiang Joo, Puan Liza Chan Sow Keng, Encik Wan Muhammad Amin bin Wan Yahya, dan Encik Alexander Siew How Wai.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman pada 25-28 Januari 2022

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 25-28 Januari 2022 (Selasa-Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini adalah kursus pertama anjuran Akademi Kehakiman yang diadakan pada tahun 2022 dengan mengikut norma-norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

    Seramai 10 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu Encik Azizan bin Md. Arshad, Puan Narkunavathy a/p Sundareson, Puan Noor Ruwena binti Md. Nurdin, Puan Jamhirah binti Ali, Puan Rozi binti Bainon, Puan Noor Hayati binti Haji Mat, Encik Azlan bin Sulaiman, Encik Kenneth Yoong Ken Chinson St. James, Encik Leong Wai Hong, dan Encik Noor Hisham bin Ismail.

    Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 12 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Judges’ Code of Ethics”, “Salient Features of the Rules of Court 2012”, “Transition to the Bench”, “Virtual Hearing”, “Joint Session with Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak”, “Contempt Proceedings”, “When to Recuse”, “How to Conduct Criminal Trials”, “How to Read Statutes”, “Managing Procastination and Competing Priorities”, “Case Management, Conducting Civil Trials and Court-Annexed Mediation”, dan “Judgement Writing Workshop”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”, dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus pada hari terakhir kursus.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 13-14 April 2015

    Kursus “Induction Programme for Judicial Commissioners” telah diadakan pada 13-14 April 2015 di Istana Kehakiman, Putrajaya.

    Seramai 5 Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik pada 10 April 2015 telah menghadiri kursus ini iaitu YA Dr. Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab, YA Tuan Ahmad bin Bache, YA Dato’ Mohd Firuz bin Jaffril, YA Tuan Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali dan YA Tuan Gabriel Gumis Humen.

    Sebanyak 6 kertas telah dibentangkan oleh hakim-hakim kanan seperti berikut

    1. Conducting Trial and Hearing YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya
    2.  Capital Offences YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan
    3.  Getting Started YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan
    4.  Practical Approach to Judgment Writing YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan
    5. Case Management YA Tuan Vernon Ong Liam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan
    6. Mediation YBhg. Dato' Mah Weng Kwai, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan

    Penutupan kursus telah disempurnakan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 20 - 27 Mac 2017

    Kursus “Induction Programme for Judicial Commissioners” telah diadakan pada 20-27 Mac 2017 di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik kepada bidang tugas dan amalan-amalan terbaik (best practice) yang perlu diikuti semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

    Seramai 14 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikuti kursus ini. Sebanyak 19 tajuk ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.

    Antara tajuk-tajuk ceramah adalah seperti Judge Craft: The Making of a Good Judge, Pending Hearing and Sitting in Judgment; Case Management; How to Read Statute; Judgment Writing: The Important of Language; Practical Approach to Judgment Writing; Dealing with Conflict and Unexpected Contentious Situation; When to Recuse; Assessing the Credibility and Reliability of Evidence; Adjudicating Trafficking of Drug Cases Under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952; Adjudicating Cases Under Section 302 of the Penal Code; Criminal Law: Evidence and Procedure; An Overview to Court-Annexed Mediation; Salient Features of the Rules of Court 2012; e-Court System; dan Salary, Allowances and Benefits for Judges.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 23-27 Jun 2014

    Kursus “Induction Programme for Judicial Commissioners” telah diadakan pada 23 sehingga 27 Jun 2014 di Istana Kehakiman, Putrajaya. Seramai 14 Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik telah menghadiri kursus ini.

    Sebanyak 13 kertas telah dibentangkan oleh hakim-hakim kanan seperti berikut:

    1. Judicial Temperament 
        YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan

    2. Conducting Trial and Hearing 
        YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya

    3. Capital Offences 
        YA Tan Sri Mohamed Apandi bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan

    4. Company Law 
        YA Dato’ Mohd Hishamudin bin Md Yunus, Hakim Mahkamah Rayuan

    5. Getting Started
        YA Dato’ Aziah binti Ali Hakim Mahkamah Rayuan

    6. Practical Approach to Judgment Writing 
        YA Dato’ Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan

    7. Commercial Law 
        YA Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusoff, Hakim Mahkamah Rayuan

    8. Mediation 
        YA Dato’ Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Rayuan

    9. Corruption 
        YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan

    10. Section 302 Penal Code 
          YA Dato’ Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan

    11. Land Acquisition 
         YA Dato’ Varghese George, Hakim Mahkamah Rayuan

    12. Injunction 
          YA Dr. Badariah binti Haji Sahamid, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam

    13. Case Management 
          YA Tuan Vernon Ong Liam Kiat, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam

    Penutupan kursus yang berlangsung selama 5 hari ini telah disempurnakan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

     

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 25 - 28 November 2019

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 25-28 November 2019 (Isnin-Khamis) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 16 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “Practical Approach to Judgment Writing and Importance of Language”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “When to Recuse”; “Committal Proceedings”; “Adjudicating Cases and Reduction of Charges under Section 302 of the Penal Code”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “Case Management in Civil and Criminal Cases”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; “Judge Craft”; “E-Court System and Practical”; “Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “How to Read Statutes”; “Business of Judging: Practical Workshop”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.
    Seramai 15 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Datuk Haji Aslam bin Zainuddin, YBhg. Dato’ Norsharidah binti Awang, YBhg. Dato’ Rohana binti Abd Malek, YBhg. Dato’ Julie Lack, YBhg. Dato’ Fredrick Indran X.A. Nicholas, Encik Tee Geok Hock, Encik Wong Siong Tung, Encik Khairil Azmi bin Haji Mohamad Hasbie, Encik Leonard David Shim, Encik Nadzarin bin Wok Nordin, Encik George Varughese, Encik Quay Chew Soon, Encik Wong Hok Chong, Encik Atan Mustaffa Yussof Ahmad, dan Encik Anand Ponnudurai.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 26-30 Mac 2018

    Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 26-30 Mac 2018 (Isnin-Jumaat) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman yang akan dilantik berkaitan skop dan bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practice)  yang perlu diikuti semasa menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 18 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “The Making of a Good Judge”; “Judge Craft”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situation”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “When to Recuse”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; “Practical Approach to Judgment Writing”; “How to Read Statute”; “Judgment Writing: Importance of Language”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; Adjudicating Cases under Section 302 of the Penal Code”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; “Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “Case Management”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “An Overview to Court-Annexed Mediation”; “E-Court System”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.

    Seramai tujuh (7) orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Dato’ Ahmad Fairuz bin Zainol, YBhg. Dato’ Mohd Radzi bin Harun, YBhg. Dato’ Hajah Aliza binti Sulaiman, YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, YBrs. Puan Wong Chee Lin, YBrs. Encik Darryl Goon Siew Chye dan YBrs. Dr. Lim Hock Leng.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 7-10 Februari 2023

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 7-10 Februari 2023 (Selasa-Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Seramai 13 orang calon yang telah dan akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YA Puan Roz Mawar binti Rozain, YA Puan Fathiyah binti Idris, YA Puan Wan Fadhilah Nor binti Wan Idris, YA Puan Rofiah binti Mohamad, YA Puan Wong Mee Ling, YA Dato’ Raja Mohzanuddin Shah bin Raja Mohzan, YA Tuan Suria Kumar a/l Durairaj Johnson Paul, YA Puan Zaharah binti Hussain, YA Puan Sumathi a/p Murugiah, YA Dr. Suzana binti Muhamad Said, YA Puan Evawani Farisyta binti Mohammad, YA Dr. Wendy Ooi Su Ghee, dan YBrs. Prof. Dr. Choong Yeow Choy.

    Kursus ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama empat hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 12 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Judges’ Code of Ethics”, “Joint Session with Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak”, “Conducting Civil Cases – Challenges and Pitfalls”, “Virtual Hearings”, “Contempt Proceedings”, “Case Management - Civil and Criminal, Court Annexed Mediation”, “When to Recuse”, “Criminal Trials and Applications”, “Reading Statutes”, “Managing Judicial Review and Family Cases”, “Judgment Writing Workshop: Issues Based Approach in Judgment Writing”, dan “Judgment Writing Workshop: Challenges in Judgment Writing”. Manakala ceramah-ceramah yang bertajuk “e-Court System and e-Review”, dan “Salaries, Allowances and Benefits of Judges” telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus setelah kursus tamat.

  • Quantification of Damages, 7 September 2019

    Seminar “Quantification of Damages” telah diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan berkaitan pengiraan ganti rugi kepada para peserta. Program ini telah dibahagikan kepada 5 tajuk ceramah. Sebanyak tiga ceramah telah disampaikan pada sesi pagi yang bertajuk “Financing Reporting in Malaysia”, “Valuation: Art, Science or Magic?” dan “Valuation of Shares and Businesses - How Reliable are the Various Valuation Methods?”. Dua lagi ceramah iaitu “Valuation of Damages - Are Lawyers and Valuers Speaking the Same Language?” dan “Minding the (Valuation) Gap” telah disampaikan pada sesi petang. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Eksekutif - PwC Malaysia; Encik Jay Moorthy, Rakan Kongsi – Ketua Penilai, PwC Malaysia; Encik Michael Peer, Rakan Kongsi – Ketua Penasihat Pertikaian, PwC Asia Tenggara; dan Encik Justin Lim Chee Teong, CA, Pengarah – Penilai, PwC Malaysia. Sesi soal jawab telah diadakan sebaik sahaja setiap ceramah berakhir.

    Seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 20 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 41 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman dan 23 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

  • Regulating The Capital Market: Changing Dynamic and Challenges, 5-6 Jun 2014

    Seminar “Regulating the Capital Market: Changing Dynamics and Challenges” telah diadakan pada 5 hingga 6 Jun 2014 di Kuala Lumpur dan merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

    Seminar ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan YBhg. Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi satu gambaran umum berkaitan:

    • Pembangunan pasaran modal (capital market) dan peranannya dalam membekal dana dalam ekonomi sebenar;

    • Peranan Suruhanjaya Sekuriti dalam membangun dan memelihara integriti pasaran modal (capital market);

    • Mengawalselia dan memastikan kecekapan Lembaga; dan

    • Pemerkasaan pelabur.

    Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada 2 Anggota Suruhanjaya, 8 Hakim Mahkamah Persekutuan, 19 Hakim Mahkamah Rayuan, 20 Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri seminar ini.

  • Section 302 of the Penal Code 1/2023, 30 Mei 2023

    Kursus “Section 302 of the Penal Code 1/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 30 Mei 2023 (Selasa). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 20 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lima orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman, dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Lima tajuk perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini iaitu “The Offence of Murder and The Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under The Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Sections 34 and 149 of The Penal Code”, “Evidence of Forensic Pathologist”, “Witnesses”, dan “Corroboration”. Setiap pembentangan telah mengambil masa selama satu jam termasuk dengan masa perbincangan antara para peserta, dan fasilitator.

  • Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952

    Kursus “Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan pada 24-25 September 2021 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pemahaman menyeluruh berkenaan aspek undang-undang Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Program ini merupakan program latihan ketiga di bawah Akademi Kehakiman Malaysia pada tahun 2021 dan yang kedua dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Pelaksanaan program ini dilakukan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu panel penceramah bersiaran secara fizikal di Dewan Bankuet manakala para peserta hadir secara atas talian.

    Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 31 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 33 orang Pesuruhjaya Kehakiman, dan 2 orang Timbalan Pendaftar/Pegawai Khas/Pegawai Penyelidik telah menghadiri program ini.

    Program selama 1 hari setengah ini dimulakan pada hari pertama dengan ucapan pembukaan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Program kemudian diteruskan dengan 2 ceramah pada sesi pagi iaitu “Duty of Trial Judge at the End of the Case for Prosecution” yang disampaikan oleh YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan dan “Duty of Trial Judge at the Conclusion of the Trial” yang disampaikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya. Ceramah “Common Mistake Made by Trial Judge in Adjudicating Section 39B Cases” disampaikan pada sesi petang oleh YA Datuk Seri Haji Mohd. Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Sebanyak 4 tajuk Pembentangan dan Perbincangan ke atas Tajuk-Tajuk Spesifik oleh Peserta-Peserta telah disampaikan pada hari kedua dengan dikendalikan oleh moderator YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Rayuan. Tajuk-tajuk tersebut ialah “The Defence of Innocent Carrier” oleh YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan, Hakim Mahkamah Tinggi; “Alcontara Notice” oleh YA Dato’ Abd. Wahab bin Mohamed, Hakim Mahkamah Tinggi; dan “Problems Faced by Trial Judges in Conducting Criminal Trial” yang disampaikan oleh 2 orang Pesuruhjaya Kehakiman iaitu YA Dr. Shahnaz binti Sulaiman serta YA Puan Nurulhuda Nur’aini binti Mohamed Nor.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 934 | Semalam 1547 | Mingguan 7423 | Bulanan 20726 | Semua 4377706