Khamis, 18 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Latihan

  • Damages: Tort, 19-21 Oktober 2018

    Kursus“Damages: Tort” telah diadakan pada 19-21 Oktober 2018 (Jumaat-Ahad) di The Everly Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menilai ganti rugi ke atas kes-kes dan alasan penghakiman berkaitan tort.

    Seramai 31 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 14 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Nalini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini dibahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pembentangan tugasan individu, sesi perbincangan berkumpulan bagi kajian kes dan pembentangan kumpulan. Bagi sesi pertama kursus ‘Damages: Tort’ kali ini, topik pembentangan individu telah dikurangkan kepada enam topik berbanding sepuluh topik pada siri terdahulu. Pengurangan topik ini bertujuan untuk memberi masa yang lebih  kepada pembentang dan peserta untuk berinteraksi dan mengupas topik yang dibentangkan.

    Sesi seterusnya adalah Sesi 2 yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan dengan keahlian seramai lima orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tiga kajian kes untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Setiap pembentangan kajian kes disusuli dengan rumusan senarai semak sebagai panduan kepada para peserta.

  • Defamation Law, 18 - 19 November 2016

    Kursus “Defamation Law’” telah diadakan pada 18 dan 19 November 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan satu lagi kursus baharu anjuran Akademi Kehakiman dalam tahun 2016. Fasilitator-fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 10 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikuti kursus ini.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman telah membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Pembentangan setiap peserta adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit. Di sesi kedua pula, peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel. Setiap kumpulan telah diberikan 2 tugasan. Peserta dikehendaki menyediakan hasil tugasan tersebut untuk dibentang dan dibincangkan.

  • Defamation Law, 18-19 Ogos 2017

    Kursus “Defamation Law” telah diadakan pada 18-19 Ogos 2017 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Banquet , Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dalam mengendali dan memutuskan kes-kes saman fitnah.

    Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang Hakim dan 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara turut hadir ke kursus ini.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan pembentangan individu oleh 9 orang Hakim dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman mengenai pelbagai topik berkaitan “Defamation Law” yang telah ditentukan oleh fasilitator Manakala pada sesi kedua, peserta kursus telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan dua kajian kes dan seterusnya diminta membentangkan hasil kajian kes tersebut. Perbincangan secara interaktif dan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh fasilitator kursus telah dilaksanakan di akhir setiap sesi bagi membolehkan para peserta meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik dan kajian kes yang dibincangkan.

  • Dialogue Session Between The Honourable Society of The Middle Temple and Malaysian Judiciary, 21 September 2013

    Program “Dialogue Session between the Honourable Society of the Middle Temple and Malaysian Judiciary” telah diadakan pada 21 September 2013 (Sabtu) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia merupakan program anjuran bersama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

    Objektif penganjuran program ini adalah untuk membolehkan Badan Kehakiman negara ini dan pihak Middle Temple bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa permasalahan dan isu yang dihadapi oleh badan kehakiman kedua-dua buah negara.

    Delegasi Middle Temple terdiri daripada 32 orang ahli yang diketuai oleh Master Treasurer Mr. Christopher Symons QC. Antara ahli-ahli yang turut hadir adalah Lord Chief Justice of England and Wales - Lord Sir Igor Judge, Lord Justice of the Court of Appeal – Mr. Christopher Clarke dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi England dan Wales. Dari pihak Badan Kehakiman Malaysia pula, ia dihadiri oleh 66 hakim/pesuruhjaya kehakiman yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman di sekitar Lembah Klang.

    Program dialog ini dimulai dengan ucapan aluan daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya dan disusuli dengan penerangan mengenai gambaran umum (overview) sejarah undang-undang dan Badan Kehakiman Malaysia oleh YA Puan Nallini Pathmanathan – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu, program dialog ini mendengar pula pandangan dari Badan Kehakiman England dan Wales yang membincangkan perkara-perkara seperti berikut;

    (i) The Relationship between Judiciary and Press oleh Lord Sir Igor Judge, Lord Chief Justice of England and Wales;

    (ii) Judicial Life - Trials and Tribulations oleh Mr. Christopher Clarke, Lord Justice of the Court of Appeal; dan

    (iii) Challenges Facing the Judiciary Today oleh Sir Paul Jenkins KCB QC, Treasury Solicitor.

    Ia kemudian disusuli pula oleh Badan Kehakiman Malaysia yang diwakili oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum - Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan YA Dato’ Mohamad Ariff bin Md. Yusoff – Hakim Mahkamah Rayuan yang memberi pandangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan badan kehakiman Malaysia. Program selesai pada jam 1.00 petang selepas sesi soal jawab.

  • Election Petition, 16 Oktober 2020

    Kursus “Petisyen Pilihan Raya 2020” telah diadakan pada 16 Oktober 2020 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi), Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan pemahaman yang menyeluruh mengenai undang-undang dan prosedur pilihanraya. Kursus ini adalah kursus pertama di bawah Akademi Kehakiman Malaysia yang diadakan secara atas talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya yang berkuatkuasa pada 14-27 Oktober 2020 iaitu untuk mengawal penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari segi lokasi program dan bantuan sokongan teknikal ICT khususnya dalam penggunaan aplikasi Zoom Meeting.

    Seramai 22 orang peserta yang kesemuanya terdiri Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri kursus ini secara atas talian. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang telah menyampaikan ucapan perasmian pada permulaan kursus.

    Kursus ini terdiri daripada tiga sesi ceramah dan satu sesi perbincangan. Kesemua sesi ceramah telah diadakan pada sebelah pagi hingga tenggah hari iaitu ceramah-ceramah yang bertajuk “Pengenalan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; “Bantahan-Bantahan Teknikal dan Tafsiran Undang-Undang dalam Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YAA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; serta “Amalan dan Prosedur-Prosedur mengenai Petisyen Pilihan Raya” yang disampaikan oleh YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan. Manakala “Perbincangan Terbuka mengenai Isu-Isu yang Dibangkitkan dalam Petisyen Pilihan Raya dengan merujuk kepada Undang-Undang Kes” telah diadakan pada sebelah petang dengan menampilkan barisan fasilitator yang terdiri daripada YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Supang Lian; Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Lee Heng Cheong; Hakim Mahkamah Rayuan. Para fasilitator dan peserta bebas berkongsi pengalaman atau pendapat serta bertanya dan menjawab soalan berkaitan petisyen pilihan raya dalam sesi perbincangan tersebut.

  • Expert Evidence 7 - 8 Ogos 2020

  • Gambar Election Petition 16 Oktober 2020

    16 Oktober 2020 | Istana Kehakiman, Putrajaya

    Kursus Secara Atas Talian“Election Petition” 

  • Gambar How to Read Statute 5 April 2019

    5 April 2019 | Palace of Justice, Putrajaya

    Kursus “How to Read Statute” 

  • Gambar Principles of Contractual Interpretation 16 - 17 Februari 2019

    16 - 17 Februari 2019 | Palace of Justice, Putrajaya

    "Principles of Contractual Interpretation" Course

     

  • Gambar Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman Julai 2020

    6 - 9 Julai 2020 | Istana Kehakiman, Putrajaya

    PROGRAM INDUKSI PESURUHJAYA KEHAKIMAN

     

  • Gambar Writing Better Judgment

    17 - 19 September 2020 | Zenith Hotel, Putrajaya

    Kursus “Writing Better Judgment” 

  • How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952, 07 - 08 April 2012

    Kursus “How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya pada 07 - 08 April 2012.

    Fasilitator-fasilitator yang telah mengendalikan kursus ini adalah adalah YA Dato’ Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Datuk Wira Mohtarudin bin Baki, Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada 8 Hakim Mahkamah Tinggi dan 4 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini seperti berikut:

    1. YA Dato’ Haji Abdul Halim bin Aman Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru
    2. YA Dato’ Abdul Alim bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    3. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Chae Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    4. YA Dato’ Mariana binti Haji Yahya Hakim Mahkamah Tinggi, Kuantan
    5. YA Tuan Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bharu
    6. YA Dato’ Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu
    7. YA Dato’ Akhtar bin Tahir Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    8. YA Dato’ Rhodzariah binti Bujang Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching
    9. YA Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ab. Rahman Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh
    10. YA Tuan Mohd Zaki bin Abd. Wahab Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kangar
    11. YA Tuan Gunalan a/l Muniandy Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Johor Bahru
    12. YA Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Tawau

    Sebanyak 12 tajuk yang berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 terutama yang melibatkan peruntukan 39B serta beberapa peruntukan lain yang berkaitan telah dibentangkan oleh peserta kursus dan dibincangkan. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    (i)Meaning of Prima Facie Case
    Oleh: YA Dato’ Haji Abdul Halim bin Aman
    (ii)Chain of Evidence / Evidence By Chemist
    Oleh: YA Dato’ Mariana binti Haji Yahya
    (iii)Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952)
    Oleh: YA Dato’ Akhtar bin Tahir
    (iv)Agent Provocateur / Informer
    Oleh: YA Dato’ Abdul Alim bin Abdullah
    (v)Proof of Trafficking By Using Presumptions Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952
    Oleh: YA Dato’ Rhodzariah binti Bujang
    (vi)Reasonable Doubt
    Oleh: YA Tuan Gunalan a/l Muniandy
    (vii)Burden of Proof
    Oleh: YA Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun
    (viii)Evaluation of Evidence At The End of Presecution Case
    Oleh: YA Tuan Haji Azman bin Abdullah
    (ix)Evaluation of Evidence At The End of Defence Case
    Oleh: YA Dato’ Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa
    (x)Reduction of Charge
    Oleh: YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha
    (xi)Section 27 And Section 8 of The Evidence Act
    Oleh: YA Tuan Mohd Zaki bin Abd Wahab
    (xii)Common Intention (Section 34 of The Penal Code)
    Oleh: YA Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ab. Rahman

    Selain itu, sebanyak 2 alasan penghakiman dari 2 orang peserta kursus telah dibentang dan dibincangkan. Peserta-peserta kursus juga telah membincangkan 6 alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan 39B yang disediakan oleh fasilitator.

  • How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952, 14 - 15 Julai 2012

    Kursus “How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952” Siri 2 telah diadakan di Putrajaya Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pada 14 - 15 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad).

    Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YA Dato’ Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Datuk Wira Mohtarudin bin Baki, Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini seperti berikut:

    1. YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    2. YA Dato’ Hinshawati binti Shariff - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    3. YA Datuk Yew Jen Kie - Hakim Mahkamah Tinggi, Sibu
    4. YA Tuan Kamardin bin Hashim - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    5. YA Dato’ Umi Kalthum binti Abdul Majid - Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
    6. YA Dato’ Noraini binti Abdul Rahman - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    7. YA Datuk Nor Bee binti Ariffin - Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    8. YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail - Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    9. YA Dato’ Zakiah binti Kassim - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
    10. YA Puan Nurmala binti Salim - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    11. YA Tuan Chew Soo Ho - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    12. YA Tuan Lee Heng Cheong - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
    13. YA Datuk Hanipah binti Farikullah - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu
    14. YA Tuan Samsudin bin Hassan - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Johor Bahru

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, setiap peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Ia berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 terutama yang melibatkan peruntukan seksyen 39B serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    (i) Meaning of Prima Facie Case and Evaluation of Evidence At The End of Prosecution Case 
    oleh: YA Tuan Samsudin bin Hassan
    (ii) Chain of Evidence / Evidence By Chemist 
    oleh: YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak
    (iii) Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952) 
    oleh: YA Dato’ Hinshawati binti Shariff
    (iv) Agent Provocateur / Informer 
    oleh: YA Datuk Yew Jen Kie
    (v) Proof of Trafficking By Using Presumptions Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952 
    oleh: YA Dato’ Umi Kalthum binti Abdul Majid
    (vi) Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence At The End of Defence Case - oleh: YA Dato’ Noraini binti Abdul Rahman
    (vii) Reduction of Charge By Court 
    oleh: YA Datuk Nor Bee binti Ariffin
    (viii) Section 27 And Section 8 of The Evidence Act 
    oleh: YA Puan Hadhariah binti Syed Ismail
    (ix) Common Intention (Section 34 of The Penal Code) 
    oleh: YA Dato’ Zakiah binti Kassim
    (x) Circumstancial Evidence In Drug Related Cases 
    oleh: YA Puan Nurmala binti Salim
    (xi) Corroboration - oleh: YA Tuan Chew Soo Ho
    (xii) Contradiction and Impeachment 
    oleh: Tuan Lee Heng Cheong
    (xiii) Application of Section 422 of CPC and Section 167 of Evidence Act 1950 
    oleh: YA Datuk Hanipah binti Farikullah
    (xiv) Duty of Defence To Put His Case During Prosecution’s Case 
    oleh: YA Tuan Samsudin bin Hassan
    (xv) Adverse Inference Section 114g of Evidence Act 
    oleh: YA Tuan Kamardin bin Hashim

    Di sesi kedua, peserta-peserta telah membincangkan 7 alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 39B yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih secara rawak pada permulaan sesi kedua untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan.

  • How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952, 20 - 21 April 2013

    Kursus “How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya pada 20 - 21 April 2013. 
    Seramai 14 peserta telah menghadiri kursus ini. Ia terdiri daripada 10 Hakim Mahkamah Tinggi dan 4 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YA Dato’ Ahmad b. Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Sri Haji Mohamed Afandi b. Haji Ali, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Azahar b. Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan. Senarai peserta adalah seperti berikut:
    1. YA Dato’ Zainal Adzam b. Abd. Ghani Hakim Mahkamah Tinggi, Ipoh
    2. YA Datuk Siti Mariah bt. Haji Ahmad Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    3. YA Dato’ Haji Abd. Halim b. Aman Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru
    4. YA Datuk Nurchaya bt. Haji Arshad Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    5. YA Dato’ Mohd. Azman b. Husin Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    6. YA Dato’ Mohd. Sofian b. Tan Sri Abd. Razak Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    7. YA Dato’ Haji Zainal Azman b. Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi, Muar
    8. YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    9. YA Puan Supang Lian Hakim Mahkamah Tinggi, Sibu
    10. YA Tuan Stephen Chung Hian Guan Hakim Mahkamah Tinggi, Miri
    11. YA Puan Choong Siew Khim Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam
    12. YA Tuan Lee Swee Seng Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh
    13. YA Datuk Abdul Karim b. Abdul Jalil Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Melaka
    14. YA Dato’ Hashim b. Hamzah Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam
    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, setiap peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Ia berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 terutama yang melibatkan peruntukan seksyen 39B serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Masa pembentangan adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 15 minit Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    (i)  Meaning of Prima Facie Case and Evaluation of Evidence At The End of Prosecution Case Oleh: YA Datuk Abdul Karim b. Abdul Jalil
    (ii) Chain of Evidence / Evidence By Chemist Oleh: YA Datuk Nurchaya bt. Haji Arshad
    (iii)  Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952) and Agent Provocateur/Informer  Oleh: YA Dato’ Mohd Sofian b. Tan Sri Abd. Razak
    (iv)  Proof of Trafficking By Using Presumptions Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952  Oleh: YA Puan Choong Siew Khim
    (v)  Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence At The End of Defence Case  Oleh: YA Dato’ Haji Abdul Halim b. Aman
    (vi)  Section 27 And Section 8 of The Evidence Act  Oleh: YA Dato’ Mohd. Azman b. Husin
    (vii)  Common Intention (Section 34 of The Penal Code)  Oleh: YA Puan Supang Lian
    (viii)  Circumstancial Evidence In Drug Related Cases  Oleh: YA Tuan Stephen Chung Hian Guan
    (ix)  Corroboration  Oleh: YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan
    (x)  Contradiction and Impeachment  Oleh: YA Dato’ Hashim b. Hamzah
    (xi)   Application of Section 422 of CPC and Section 167 of Evidence Act 1950  Oleh: YA Datuk Siti Mariah bt. Haji Ahmad
    (xii)   Duty of Defence To Put His Case During Prosecution’s Case and Adverse Inference Section 114g of Evidence Act  Oleh: YA Tuan Lee Swee Seng
    (xiii)   Section 90A od Evidence Act 1950 (Principles and Application)  Oleh: YA Dato’ Zainal Adzam b. Abd. Ghani
    (xiv)   Reduction of Charge By Court  Oleh: YA Dato’ Haji Zainal Azman b. Abd. Aziz

    Sesi kedua pula adalah perbincangan terhadap 8 alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 39B yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih secara rawak pada permulaan sesi kedua untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan selama 5 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit.

     

  • How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952, 28 Februari – 1 Mac 2014

    Kursus “How to Deal with Cases Under 39B of the Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya pada 28 Februari – 1 Mac 2014 (Jumaat dan Sabtu).

    Seramai 14 peserta telah menghadiri kursus ini. Ia terdiri daripada 4 Hakim Mahkamah Tinggi dan 10 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YA Tan Sri Ahmad b. Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi b. Haji Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Dato’ Azahar b. Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan. Senarai peserta adalah seperti berikut 

    1. YA Dato’ Zulkifli bin Bakar Hakim Mahkamah Tinggi Melaka
    2. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    3. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu
    4.  YA Puan Amelia Tee Hong Geok binti Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    5.  YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar
    6.  YA Tuan Wong Teck Meng Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    7.  YA Dato’ Rozana binti Ali Yusof Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam
    8.  YA Tuan Abu Bakar bin Katar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar
    9.  YA Tuan Nanta Balan a/l E.S. Moorthy Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    10.  YA Tuan Abu Bakar bin Jais Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 
    11.  YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh
    12.  YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Ab. Rahman Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan 
    13.  YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu 
    14.  YA Tuan Mairin bin Idang@ Martin Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuching 

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, setiap peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Ia berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 terutama yang melibatkan peruntukan seksyen 39B serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Masa pembentangan adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 15 minit Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    (i) Meaning of Prima Facie Case and Evaluation of Evidence At the End of Prosecution Case
    Oleh: YA Dato’ Zulkifli bin Bakar
    (ii) Chain of Evidence / Evidence by Chemist
    Oleh: YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha
    (iii) Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952) and Agent Provocateur/Informer
    Oleh: YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah
    (iv) Proof of Trafficking by Using Presumptions Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952
    Oleh: YA Puan Amelia Tee Hong Geok binti Abdullah
    (v) Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence at the End of Defence Case
    Oleh: YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab
    (vi) Section 27 And Section 8 of the Evidence Act
    Oleh: YA Tuan Wong Teck Meng
    (vii) Common Intention (Section 34 of the Penal Code)
    Oleh: YA Dato’ Rozana binti Ali Yusof
    (viii) Circumstancial Evidence In Drug Related Cases
    Oleh: YA Tuan Abu Bakar bin Katar
    (ix) Corroboration
    Oleh: YA Tuan Nanta Balan a/l E.S. Moorthy
    (x) Contradiction and Impeachment
    Oleh: YA Tuan Abu Bakar bin Jais
    (xi) Application of Section 422 of CPC and Section 167 of Evidence Act 1950
    Oleh: YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali
    (xii) Duty of Defence To Put His Case During Prosecution’s Case and Adverse Inference Section 114g of Evidence Act
    Oleh: YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Ab. Rahman
    (xiii) Section 90A od Evidence Act 1950 (Principles and Application)
    Oleh: YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli
    (xiv) Reduction of Charge by Court
    Oleh: YA Tuan Mairin bin Idang@ Martin

    Sesi kedua pula adalah perbincangan terhadap 7 alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 39B yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih secara rawak pada permulaan sesi kedua untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan selama 5 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit.

  • How to Deal with Cases Under 39B of the Dangerous Drugs Act 1952, 3-4 September 2015

    Kursus “How to Deal with Cases Under 39B of the Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan di Putrajaya pada 3-4 September 2015 (Khamis dan Jumaat).

    Seramai 15 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 13 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 2 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan 2 oarang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan YA Dato’ Azahar bin Mohamed. Senarai peserta adalah seperti berikut:

    1. YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    2.  YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    3.  YA Dato’ Zulkifli bin Bakar  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    4. YA Dato’ Mohd Azman bin Husin  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 
    5. YA Dato’ Mohd Sofian bin Tan Sri Abd. Razak Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru 
    6. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
    7. YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    8. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu
    9. YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
    10. YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 
    11. YA Datuk Wira Halijah binti Abbas Hakim Mahkamah Tinggi Muar
    12. YA Dato’ Akhtar bin Tahir  Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
    13. YA Dato’ Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam 
    14. YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Ab. Rahman  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan 
    15. YA Dr. Sabirin bin Ja’afar  Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 9 daripada 15 orang peserta telah dipilih untuk membentang tajuk-tajuk perbincangan yang berkaitan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Kanun Acara Jenayah. Masa pembentangan adalah selama 20 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 10 minit. Tajuk-tajuk perbincangan adalah seperti berikut:

    (i) Meaning of Prima Facie Case 
    Oleh: YA Datuk Wira Halijah binti Abbas

    (ii) Evaluation of Evidence at the End of Prosecution Case
    Oleh: YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa

    (iii) Chain of Evidence / Evidence By Chemist
    Oleh: YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim

    (iv) Direct Proof of Trafficking (Section 2 of The Dangerous Drugs Act 1952) and Agent Provocateur / Informer 
    Oleh: YA Dr. Sabirin bin Ja’afar

    (v) Proof of Trafficking by Using Presumptions [Section 37 (d), Section 37 (da) and Other Presumptions Under Section 37 of Dangerous Drugs Act 1952] 
    Oleh: YA Dato’ Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yasin

    (vi) Reasonable Doubt and Evaluation of Evidence at the End of Defence Case
    Oleh: YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha

    (vii) Section 27 and Section 8 of the Evidence Act 
    Oleh: YA Dato’ Akhtar bin Tahir

    (viii) Common Intention (Section 34 of the Penal Code) 
    Oleh: YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman 

    (ix) Section 90A of Evidence Act 1950 (Principles and Application)
    Oleh: YA Datuk Siti Mariah binti Haji Ahmad

    Di sesi kedua, peserta-peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli. Mereka diberi tugas untuk membincangkan alasan penghakiman kes sebenar. Di akhir sesi ini, seorang peserta dari setiap kumpulan telah membentangkan hasil penemuan kelemahan dan kekuatan alasan penghakiman tersebut dan selepas itu seorang peserta lain dari setiap kumpulan akan membentangkan alasan penghakiman yang disediakan oleh kumpulan tersebut berdasarkan kes itu.

     

  • How To Deal With Cases Under Section 302 of The Penal Code, 18 - 19 September 2014

    Kursus “How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code” telah diadakan di Putrajaya pada 18-19 September 2014 (Khamis dan Jumaat).

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 7 Hakim Mahkamah Tinggi dan 9 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YA Tan Sri Ahmad b. Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Haji Mohamed Apandi b. Haji Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Dato’ Azahar b. Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan. Senarai peserta kursus ini adalah seperti berikut:

    1. YA Dato’ Wan Afrah binti Dato’ Paduka Wan Ibrahim
    Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    2. YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak
    Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru
    3. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha
    Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
    4. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah
    Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu
    5. YA Dato’ Mohd. Yazid bin Haji Mustafa
    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
    6. YA Tuan Kamardin bin Hashim
    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    7. YA Tuan Samsudin bin Hassan
    Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru
    8. YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kangar
    9. YA Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Sandakan
    10. YA Tuan Abu Bakar bin Katar
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
    11. YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh
    12. YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuantan
    13. YA Tuan Mairin bin Idang @ Martin
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
    14. YA Dato’ Mat Zara’ai bin Alias
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Bahru
    15. YA Tuan Collin Lawrence Sequerah
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Shah Alam
    16. YA Tuan Azizul Azmi bin Adnan
    Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, setiap peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Ia berkaitan dengan kes-kes di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) [Akta 56]. Masa pembentangan adalah selama 15 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 10 minit. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut seperti berikut:

    Bil. Nama Tajuk Pembentangan
         
    (i) YA Tuan Samsudin bin Hassan The Offence of Murder under The Penal Code
        - Concept and elements of the offence
         
    (ii) YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman  The Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder under The Penal Code
        - Concept and elements of the offence
         
    (iii) YA Tuan Kamardin bin Hashim Defences to The Offence of Murder. Part I: Private Defence, Provocation, and Sudden Fight
         
    (iv) YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak Defences to The Offence of Murder. Part II: Insanity, Intoxication and Defence of Automatism
         
    (v) YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab Circumstantial Evidence
         
    (vi) YA Dato’ Azman bin Abdullah Identification
        - Identification Parade
    - Dock Identification
    - Identification of accused
    - Identification of the deceased
    - Identification of exhibit
         
    (vii) YA Dato’ Mat Zara’ai bin Alias Sections 34 and 149 of Penal Code
         
    (viii) YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha DNA Evidence and Chain of Evidence
         
    (ix) YA Dato’ Wan Afrah binti Dato’ Paduka Wan Ibrahim Evidence of Forensic Pathologist
        - Causation
    - Cause of Death 
         
    (x) YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali Sections 8 and 27 of Evidence Act 1950
         
    (xi) YA Tuan Abu Bakar bin Katar Dying Declaration: Section 32 (1) (a) of Evidence Act 1950
         
    (xii) YA Tuan Azizul Azmi bin Adnan Section 90A of Evidence Act 1950
         
    (xiii) YA Tuan Mairin bin Idang@ Martin Evaluation of Prosecution Case
         
    (iv) YA Tuan Collin Lawrence Sequerah Evaluation of Defence Case
         
    (xv) YA Dato’ Mohd. Yazid bin Haji Mustafa Witnesses
        - Accomplice
    - Interested Witness
    - Child Witness
    - Sole Witness
         
    (xvi) YA Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun Charge and Opening Statement
        - Amendment of Charge by Court
    - Amendment of Charge by Public Prosecutor
    - Reduction of Charge - Sentencing Principle
    - Offence under Sec. 304 of Penal Code
    - Offence under Sec. 304A of Penal Code
    - Offence under Sec. 326 of Penal Code
    - Offence under Sec. 376 of Penal Code

    Sesi kedua pula merupakan perbincangan terhadap alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 302 Kanun Keseksaan yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih secara rawak pada permulaan sesi kedua untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan selama 5 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit.

  • How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code, 31 Mac – 1 April 2017

    Kursus ‘How to Deal with Cases Under Section 302 of the Penal Code’ telah diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 31 Mac – 1 April 2017 (Jumaat dan Sabtu). 

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YAA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan. 

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 13 peserta telah membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator yang berkaitan dengan kes-kes di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) [Akta 56]. Masa pembentangan adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 15 minit. 

    Sesi kedua pula merupakan perbincangan terhadap alasan penghakiman perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 302 Kanun Keseksaan yang disediakan oleh fasilitator. Peserta-peserta telah dipilih untuk membuat pengenalan terhadap kes-kes yang dibincangkan selama 5 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit.

  • Induction Programme for Judicial Commissioner, 15 - 22 Disember 2015

    Kursus Induction Programme for Judicial Commissioner telah diadakan pada 15 - 22 Disember 2015 di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia bertujuan untuk mendedahkan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman Yang baharu dilantik kepada bidang tugas Pesuruhjaya Kehakiman dan amalan-amalan terbaik (best practice) yang perlu diikuti semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

    Seramai 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik telah mengikuti kursus ini. Sebanyak 12 kertas telah dibentang oleh hakim-hakim kanan yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Tajuk-tajuk kertas tersebut adalah Judge Craft, Case Management, Cunducction Trial and Hearing, Capital Offences, How to Read Statute, Practical Approach to Judgment Writing, Family Law, Mediation, Land Acquisition, Civil Procedure: Salient Features of the Rules of Court 2012, High Court Special Powers dan Salary, Allowances and Benifits for Judges.

  • Injunctions

    Kursus “Injunctions” telah diadakan di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya pada 14-15 April 2012 (Sabtu dan Ahad).

    Fasilitator-fasilitator yang telah mengendalikan kursus ini adalah YA Tuan Anantham Kasinather, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dr. Badariah bt. Haji Sahamid, Hakim Mahkamah Tinggi dan YA Tuan Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Tinggi. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada 9 Hakim Mahkamah Tinggi dan 4 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Mereka yang hadir adalah seperti berikut:

    Bil Nama
    Tempat Bertugas
    1. YA Datuk Siti Mariah bt. Haji Ahmad Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    2. YA Dato’ Wan Afrah bt. Dato’ Paduka Wan Ibrahim Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    3. YA Datuk Nurchaya bt. Haji Arshad Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    4. YA Dato' Zulkifli b. Bakar Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    5. YA Dato’ John Louis O’hara Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    6. YA Puan Noor Azian bt. Shaari Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    7. YA Dato’ Abdul Rahman b. Sebli Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu
    8. YA Datuk Wira Halijah bt. Abbas Hakim Mahkamah Tinggi, Melaka
    9. YA Dato’ Has Zanah bt. Mehat Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpu
    10. YA Dato’ Nik Hasmat bt. Nik Mohamad Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    11. YA Datuk Hanipah bt. Farikullah Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
    12. YA Puan See Mee Chun Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar
    13. YA Puan Rosilah bt. Yop Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Di sesi pertama, fasilitator-fasilitator telah menerangkan mengenai beberapa tajuk dan prinsip Injunctions serta diikuti dengan sesi perbincangan. Tajuk-tajuk tersebut adalah seperti berikut:


    (i)    Mareva Injunctions oleh YA Tuan Anantham Kasinather;
    (ii)    Anton Piller Orders oleh YA Dr. Badariah bt. Haji Sahamid; dan
    (iii)   Order 29 Rule RHC, 1980 oleh YA Tuan Mah Weng Kwai.

    Pada sesi kedua, peserta-peserta di bahagikan kepada 6 kumpulan kecil yang terdiri daripada 2-3 orang peserta untuk menjalankan kajian kes yang ditetapkan berdasarkan tajuk-tajuk di atas seperti berikut:

    (i)    Kumpulan 1   (iv)    Kumpulan 4  
    Kajian Kes: Mareva Injunctions - Assignment 1 Kajian Kes:   
    Mareva Injunctions - Assignment 4
    Peserta: YA Datuk Siti Mariah bt. Haji Ahmad Peserta: YA Datuk Wira Halijah bt. Abbas
      YA Dato’ Zulkifli b. Bakar   YA Dato’ Has Zanah bt. Mehat
           
    (ii)    Kumpulan 2
      (v)    Kumpulan 5  
    Kajian Kes:   
    Mareva Injunctions - Assignment 2 Kajian Kes:     Anton Piller Order
    Peserta: YA Datuk Norchaya bt. Haji Arshad Peserta: YA Datuk Hanipah bt. Farikullah
      YA Dato’ John Louis O’Hara   YA Dato’ Nik Hasmat bt. Nik Mohamad
           
    (iii)    Kumpulan 3   (vi)    Kumpulan 6  
    Kajian Kes:   
    Mareva Injunctions - Assignment 3 Kajian Kes:
    Order 29 Rule RHC, 1980
    Peserta: YA Puan Noor Azian bt. Shaari Peserta: YA Dato’ Wan Afrah bt. Dato’ Paduka Wan Ibrahim
      YA Dato' Abdul Rahman b. Sebli   YA Puan See Mee Chun
          YA Puan Rosilah bt. Yop

    Di sesi ketiga, keenam-enam kumpulan telah membuat persembahan terhadap penghakiman berdasarkan kajian kes di atas dan diikuti dengan perbincangan terhadap setiap penghakiman bagi setiap kajian kes.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 133 | Semalam 1520 | Mingguan 5075 | Bulanan 18378 | Semua 4375358