Khamis, 18 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Latihan

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 25 - 28 November 2019

    “Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 25-28 November 2019 (Isnin-Khamis) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti ketika menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 16 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “Practical Approach to Judgment Writing and Importance of Language”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “When to Recuse”; “Committal Proceedings”; “Adjudicating Cases and Reduction of Charges under Section 302 of the Penal Code”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situations”; “Case Management in Civil and Criminal Cases”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; “Judge Craft”; “E-Court System and Practical”; “Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “How to Read Statutes”; “Business of Judging: Practical Workshop”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.
    Seramai 15 orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Datuk Haji Aslam bin Zainuddin, YBhg. Dato’ Norsharidah binti Awang, YBhg. Dato’ Rohana binti Abd Malek, YBhg. Dato’ Julie Lack, YBhg. Dato’ Fredrick Indran X.A. Nicholas, Encik Tee Geok Hock, Encik Wong Siong Tung, Encik Khairil Azmi bin Haji Mohamad Hasbie, Encik Leonard David Shim, Encik Nadzarin bin Wok Nordin, Encik George Varughese, Encik Quay Chew Soon, Encik Wong Hok Chong, Encik Atan Mustaffa Yussof Ahmad, dan Encik Anand Ponnudurai.

  • Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman, 26-30 Mac 2018

    Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 26-30 Mac 2018 (Isnin-Jumaat) di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman yang akan dilantik berkaitan skop dan bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practice)  yang perlu diikuti semasa menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 18 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan berkenaan tajuk “The Making of a Good Judge”; “Judge Craft”; “Dealings with Conflict and Unexpected Contentious Situation”; “Business of Judging: Practical Workshop”; “When to Recuse”; “Assessing the Credibility and Reliability of Evidence”; “Practical Approach to Judgment Writing”; “How to Read Statute”; “Judgment Writing: Importance of Language”; “Adjudicating Cases under Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA)”; Adjudicating Cases under Section 302 of the Penal Code”; “Criminal Law: Evidence and Procedure”; “Adjudicating Trafficking of Drugs Cases under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952”; “Case Management”; “Salient Features of the Rules of Court 2012”; “An Overview to Court-Annexed Mediation”; “E-Court System”; dan “Salary, Allowance and Benefits for Judges”.

    Seramai tujuh (7) orang calon yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YBhg. Dato’ Ahmad Fairuz bin Zainol, YBhg. Dato’ Mohd Radzi bin Harun, YBhg. Dato’ Hajah Aliza binti Sulaiman, YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, YBrs. Puan Wong Chee Lin, YBrs. Encik Darryl Goon Siew Chye dan YBrs. Dr. Lim Hock Leng.

  • Quantification of Damages, 7 September 2019

    Seminar “Quantification of Damages” telah diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan berkaitan pengiraan ganti rugi kepada para peserta. Program ini telah dibahagikan kepada 5 tajuk ceramah. Sebanyak tiga ceramah telah disampaikan pada sesi pagi yang bertajuk “Financing Reporting in Malaysia”, “Valuation: Art, Science or Magic?” dan “Valuation of Shares and Businesses - How Reliable are the Various Valuation Methods?”. Dua lagi ceramah iaitu “Valuation of Damages - Are Lawyers and Valuers Speaking the Same Language?” dan “Minding the (Valuation) Gap” telah disampaikan pada sesi petang. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Eksekutif - PwC Malaysia; Encik Jay Moorthy, Rakan Kongsi – Ketua Penilai, PwC Malaysia; Encik Michael Peer, Rakan Kongsi – Ketua Penasihat Pertikaian, PwC Asia Tenggara; dan Encik Justin Lim Chee Teong, CA, Pengarah – Penilai, PwC Malaysia. Sesi soal jawab telah diadakan sebaik sahaja setiap ceramah berakhir.

    Seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 20 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 41 orang Hakim Mahkamah Tinggi, 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman dan 23 orang Pegawai Kehakiman dan Perundangan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

  • Regulating The Capital Market: Changing Dynamic and Challenges, 5-6 Jun 2014

    Seminar “Regulating the Capital Market: Changing Dynamics and Challenges” telah diadakan pada 5 hingga 6 Jun 2014 di Kuala Lumpur dan merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

    Seminar ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan YBhg. Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi satu gambaran umum berkaitan:

    • Pembangunan pasaran modal (capital market) dan peranannya dalam membekal dana dalam ekonomi sebenar;

    • Peranan Suruhanjaya Sekuriti dalam membangun dan memelihara integriti pasaran modal (capital market);

    • Mengawalselia dan memastikan kecekapan Lembaga; dan

    • Pemerkasaan pelabur.

    Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada 2 Anggota Suruhanjaya, 8 Hakim Mahkamah Persekutuan, 19 Hakim Mahkamah Rayuan, 20 Hakim Mahkamah Tinggi dan 6 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri seminar ini.

  • Seminar “Land Law: Resolving Competing Claims Under Section 340 Of The National Land Code” 3 Mac 2018

    Seminar “Land Law: Resolving Competing Claims under Section 340 of the National Land Code” telah diadakan pada 3 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan peluang untuk mengenal pasti isu-isu semasa, mengemaskini dan menyiapkan diri dengan pengetahuan kehakiman dalam bidang undang-undang tanah.

    Ceramah sesi pertama di dalam seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Khaw Lake Tee, seorang ahli akademi yang pakar dalam bidang undang-undang berkaitan urusan tanah. Sesi kedua seminar ini adalah sesi soal jawab dengan moderator bagi sesi ni dikendalikan oleh YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

    Seramai 119 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Hakim Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya; 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan; 21 orang Hakim Mahkamah Rayuan; 36 orang Hakim Mahkamah Tinggi; 25 orang Pesuruhjaya Kehakiman; dan 30 orang pegawai kehakiman.

  • Talk on “Adjudicating Intellectual Property Cases and Judicial Case Management”, 7 November 2014

    Program Talk on “Adjudicating Intellectual Property Cases and Judicial Case Management” telah diadakan pada 7 November 2014 di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Program ini merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI).

    Program ini telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya. Ia dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman dan Pegawai Perundangan dan Kehakiman yang berjumlah seramai 97 orang.

    Penceramah bagi program yang dijalankan secara interaktif ini adalah Sir Colin Ian Birss, Justice, High Court of England and Wales (Chancery), manakala moderator adalah YA Dr. Badariah binti Sahamid, Hakim Mahkamah Rayuan.

  • Talk On Competition Law

    Seminar “Talk on Competition Law” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 13 Oktober 2012. Ia telah dihadiri oleh 89 hakim mahkamah atasan dari Hakim Mahkamah Tinggi hingga Hakim Mahkamah Persekutuan. Seminar ini merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI). Ia telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin b. Zakaria, Ketua Hakim Negara.

    Seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan hakim-hakim kepada Akta Persaingan 2010 (Akta 712)[Competition Act 2010 (Act 712)] yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Seramai 3 orang penceramah yang pakar dalam bidang ini telah dijemput mengendalikan seminar ini. Mereka adalah Prof. Dr. Robert Ian Mc Ewan dari Competition Consultant Asia, Encik Toh Han Li dari Singapore Competition Commission dan Encik Jose Rivas dari firma Bird and Bird.

    Seminar telah dibahagikan kepada 4 sesi dengan tajuk-tajuk dan penceramah seperti berikut iaitu:

    1. Sesi 1: The Important Role of Economics in Competition Law oleh Prof. Dr. Robert Ian Mc Ewan;
    2. Sesi 2: The Singapore Experience – A Regulator’s Perspective oleh Encik Toh Han Li;
    3. Sesi 3: Bringing Competition Law To Life oleh Encik Jose Rivas; dan
    4. Sesi 4: Open Discussion on the Competition Act 2010 oleh 4 orang ahli panel yang terdiri daripada Prof. Dr. Robert Ian Mc Ewan, Encik Toh Han Li, Encik Jose Rivas dan Puan Shila Dorai Raj dari Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Moderator perbincangan ini adalah Encik Tay Beng Chai daripada MICCI.

    DARI KIRI : Puan Shila Dorai Raj (MyCC), Encik Toh Han Li, Encik Tay Beng Chai, Prof. Dr. Robert Ian Mc Ewan dan Encik Jose Rivas.

  • The Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012: The Role of The Court

    Seminar “The Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012: The Role of the Court” adalah merupakan seminar yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA).

    Seramai 3 orang penceramah yang pakar dalam bidang ini telah dijemput mengendalikan seminar ini. Mereka adalah Ir. Harbans Singh dari Malaysia, Ms. Rashda Rana dari Australia dan Mr. Adrian Hughes QC dari United Kingdom.

    Seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada 41 Hakim Mahkamah Tinggi dan 18 Pesuruhjaya Kehakiman serta 56 Pegawai Kehakiman yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Penagarah mahkamah Negeri, Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendaftar telah menghadiri kursus ini. Secara keseluruhan peserta seminar ini adalah seramai 115 orang.

    Seminar ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Arifin b. Zakaria, Ketua Hakim Negara dan penutupan rasmi oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b. Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya. Seminar ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md Raus b. Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

    Kandungan seminar telah dibahagikan kepada 8 sesi mengenai tajuk-tajuk penting dalam The Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012. Di setiap sesi, seorang penceramah akan memberi penerangan mengenai tajuk-tajuk tertentu dengan dibantu oleh rakan-rakan mereka yang lain. Peserta telah berinteraksi dengan penceramah di setiap masa melalui persoalan-persoalan yang ditimbulkan di sepanjang sesi/seminar berlangsung.

  • Workshop " Constrution Law: Issues and Challenges"

    Construction Law : Issues and Challenges Workshop was held on 10th and 11th October 2013 and is the second collaboration between the Judicial Appointments Commission and the Kuala Lumpur Centre for Arbitration (KLRCA) in organising training for the judiciary. This is subsequent to seminar entitled “The Construction Industry Payment and Adjudicaton Act 2012 : Role of the Court “ held on 15th and 16th March 2013.

    The objective of this workshop was to enhance the participants’ understanding on the technical aspects relating to the construction industry and laws.

    This workshop was facilitated by Ir. Harbans Singh who is an arbitrator, adjudicator and professional mediator who specialises in construction law and alternative dispute resolution.

    A total of 19 participants comprising 3 Appeal Court judges, 10 High Court judges and 6 Judicial Commissioners attended this workshop. It was officiated by YAA Tun Arifin b. Zakaria, the Chief Justice.

    The workshop was divided into 8 modules that emphasised the main issues commonly encountered in the construction industry e.g project implementation, contract implementation, tender process and financial issues.

    The closing ceremony was graced by YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli b. Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya.

  • Workshop On Implementing The International Framework For Court Excellence

    Workshop on Implementing the International Framework for Court Excellence telah diadakan pada 6-8 September 2012 di Putrajaya. Ia dilaksanakan secara berturutan untuk dua kumpulan dengan modul yang sama iaitu pada 6-7 September 2012 (Khamis-Jumaat) bagi Kumpulan Pertama dan 7-8 September 2012 (Jumaat-Sabtu) bagi Kumpulan Kedua.

    Dua orang fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini adalah Hakim Robert J. Torres Jr., Hakim Mahkamah Agong Guam dan Encik Daniel J. Hall, Naib Presiden bagi Perkhidmatan Perunding Mahkamah, Pusat Kebangsaan Mahkamah Amerika Syarikat. 

    Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan mahkamah di setiap peringkat dengan menimba pengalaman dan perspektif antara badan kehakiman negara ini dengan konsortium antarabangsa. Ia berdasarkan rangka kerja yang telah dibangunkan oleh National Center for State Court (NCSC), Amerika Syarikat terhadap nilai-nilai (values), bidang-bidang kecemerlangan (areas of excellence), pengukuran prestasi (performance measures) dan penambahbaikan kualiti secara berterusan (continuous quality improvement). 

    Seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Pendaftar Mahkamah dan Pengarah Mahkamah Negeri telah menghadiri kursus ini, iaitu 37 orang peserta bagi Kumpulan Pertama dan 30 orang peserta bagi Kumpulan Kedua. 

  • Writing Better Judgment, 17-19 September 2020

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 495 | Semalam 1188 | Mingguan 3917 | Bulanan 17220 | Semua 4374200