Khamis, 25 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

tahun 2020

  • Interpretation of Statutes, 6 Mac 2020

    Kursus “Interpretation of Statutes” telah diadakan pada 6 Mac 2020 (Jumaat) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman dalam pentafsiran statut.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi penyampaian ceramah oleh penceramah/fasilitator, perbincangan kumpulan bagi kajian kes dan pembentangan kajian kes. Sesi pertama kursus telah dimulakan dengan penyampaian ceramah berkaitan kursus ini oleh YA Puan Sri Dato’ Zaleha binti Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan. Manakala sesi kedua telah diteruskan dengan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes yang dikendalikan oleh YA Dato’ Umi Kalthum binti Abdul Majid, Hakim Mahkamah Rayuan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada sesi ketiga kursus. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil perbincangan tersebut dilakukan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh.

    Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

  • Interpretation of Statutes, 6 March 2020

    The “Interpretation of Statutes” Course was held on 6th March 2020 (Friday) at the Banquet Hall, Palace of Justice, Putrajaya. The course objective is to enhance Judges and Judicial Commissioners knowledge and skills in interpretation of statutes.

    This course was divided into 3 sessions; speakers presentaion session, group discussion of case studies and case study presentations. The first session of the course began with the presentation of a lecture on this course by The Honourable Puan Sri Dato' Zaleha binti Yusof, Federal Court Judge. The second session was a group discussion on assigned case studies conducted by The Honourable Dato' Umi Kalthum binti Abdul Majid, Judge of the Court of Appeal. Participants were divided into five groups. Each group was assigned with one case study for discussion and presented their findings in the third session. Discussions between participants and facilitators were held after the presentation to provide a comprehensive understanding.

    A total of 23 participants attended the course. They were 6 High Court Judges and 17 Judicial Commissioners. The Right Honourable Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Chief Justice of Federal Court, Malaysia was also present.

  • Judicial Academy Report 2020

     

  • Laporan Akademi Kehakiman 2020

  • Laporan Akademi Kehakiman 2021

  • Mesyuarat Pelan Perancangan Strategik 2021 - 2025 dan Sasaran Kerja Tahunan 2020

    20 - 21 Februari 2020

    Hotel Balik Pulau | Melaka

  • Mesyuarat Pelan Perancangan Strategik 2021 - 2025 dan Sasaran Kerja Tahunan 2020

    20 - 21 February 2020

    Hotel Balik Pulau | Melaka

  • Pelantikan Anggota Baru Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, 4 September 2020

    PEJABAT SETIAUSAHA

    SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN

     

    KENYATAAN MEDIA


    PELANTIKAN ANGGOTA
    SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN BAGI TEMPOH


    4 SEPTEMBER 2020 HINGGA 3 SEPTEMBER 2022


    YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin telah bersetuju melantik YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar; mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham; mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan; mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Dato’ Haji Sabaruddin, Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695]. Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 4 September 2020 hingga 3 September 2022 bagi menggantikan YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, YBhg. Datuk Linton Albert, YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi yang telah tamat perkhidmatan mereka pada 3 September 2020.
    Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, YBhg. Datuk Linton Albert, YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi semasa tempoh mereka menjadi anggota Suruhanjaya ini.

    Pejabat Setiausaha
    Suruhanjaya Pelantikan

  • Pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak 25 Februari 2020

    Tahniah kepada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang telah dilantik. Nama tersebut adalah :

    Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

    YAA Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim

  • Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan 10 Julai 2020

    Tahniah kepada 3 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 8 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 11 orang Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut:

     

    Hakim Mahkamah Persekutuan 

    1. YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan
    2. YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal
    3. YA Dato’ Rhodzariah Binti Bujang

     

    Hakim Mahkamah Rayuan

    1. YA Dato’ Indera Mohd. Sofian Bin Tan Sri Abd Razak
    2. YA Datuk Supang Lian
    3. YA Dato’ Lee Heng Cheong
    4. YA Dato’ Haji Ahmad Nasfy Bin Haji Yasin
    5. YA Dato’ Che Mohd Ruzima Bin Ghazali
    6. YA Tuan Gunalan a/l Muniandy
    7. YA Dato’ Nordin Bin Hassan
    8. YA Tuan Darryl Goon Siew Chye

     

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA Datuk Hajah Zaleha Rose Binti Datuk Haji Pandin
    2. YA Dato’ Azhar Bin Abdul Hamid
    3. YA Dr. Arik Sanusi Bin Yeop Johari
    4. YA Datuk Amirudin Bin Abd Rahman
    5. YA Puan Mahazan Binti Mat Taib
    6. YA Tuan Bhupindar Singh a/l Gurcharan Singh Preet
    7. YA Puan Alice Loke Yee Ching
    8. YA Tuan Ahmad Murad Bin Abdul Aziz
    9. YA Puan Liza Chan Sow Keng
    10. YA Tuan Wan Muhammad Amin Bin Wan Yahya
    11. YA Tuan Alexander Siew How Wai
  • Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi 10 Disember 2020

    Tahniah kepada YA Dato' Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 10 Disember 2020.

     

  • Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi 25 Mac 2020

    Tahniah kepada 7 orang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah dilantik. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut:

    1. YA Datin Rohani binti Ismail 
    2. YA Tuan Anselm Charles Fernandis 
    3. YA Dato' Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin 
    4. YA Dato' Mohd Radzi bin Harun 
    5. YA Dato' Hajah Aliza binti Sulaiman
    6. YA Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid 
    7. YA Dr. Lim Hock Leng 

     

  • Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman 03 Januari 2020

    Tahniah kepada 2 orang Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut:

    1. YA Dato’ Rohana binti Abd Malek
    2. YA Tuan Tee Geok Hock

     

  • Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman 1 September 2020

    Tahniah kepada Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama tersebut adalah seperti berikut:

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA  Tuan Su Tiang Joo
  • Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman 3 Ogos 2020

    Tahniah kepada Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik. Nama tersebut adalah seperti berikut:

    Pesuruhjaya Kehakiman

    1. YA  Puan Nurulhuda Nur’aini Binti Mohamad Nor 
  • Photo Farewell Ceremony Member Judicial Appointments Commisson

    25th August 2020 | Chief Justice Meeting Room, Putrajaya

    Monthly Meeting Judicial Appointments Commission No.6/2020

  • Photo New Member Judicial Appointments Commission

    24th September 2020 | Chief Justice Meeting Room, Putrajaya

    Monthly Meeting Judicial Appointments Commission No.7/2020

  • Photo Writing Better Judgment

    17th - 19th September 2020 | Zenith Hotel, Putrajaya

    Courses “Writing Better Judgment” 

  • Picture Appointments August 2020

    03 August 2020 | Palace of Justice, Putrajaya

    Swearing-in and Allegiance Ceremony of Judicial Commissioner

     

     

     

  • Picture Appointments December 2020

    10 December 2020 | Palace of Justice, Putrajaya

    Swearing-in and Allegiance Ceremony of The High Court Judge

     

     

     

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 755 | Semalam 1741 | Mingguan 5680 | Bulanan 28063 | Semua 4385043