Induction Programme for Judicial Commissioner, 15 - 22 Disember 2015

Kursus Induction Programme for Judicial Commissioner telah diadakan pada 15 - 22 Disember 2015 di Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia bertujuan untuk mendedahkan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman Yang baharu dilantik kepada bidang tugas Pesuruhjaya Kehakiman dan amalan-amalan terbaik (best practice) yang perlu diikuti semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

Seramai 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik telah mengikuti kursus ini. Sebanyak 12 kertas telah dibentang oleh hakim-hakim kanan yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Tajuk-tajuk kertas tersebut adalah Judge Craft, Case Management, Cunducction Trial and Hearing, Capital Offences, How to Read Statute, Practical Approach to Judgment Writing, Family Law, Mediation, Land Acquisition, Civil Procedure: Salient Features of the Rules of Court 2012, High Court Special Powers dan Salary, Allowances and Benifits for Judges.