LAPORAN KURSUS
Kursus “Expert Evidence” telah diadakan pada 7-8 Ogos 2020 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan peserta-peserta dengan kefahaman yang lengkap dan gambaran keseluruhan mengenai kebolehterimaan bukti daripada seseorang pakar serta kaedah-kaedah untuk menganalisisnya.
Kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia yang bertajuk “Expert Evidence in Dangerous Drugs Analysis”. Kursus bersambung selepas itu dengan pembentangan individu dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta yang terdiri daripada 8 orang Hakim. Sesi seterusnya merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai tiga atau lima orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada hari kedua. Satu lagi ceramah telah disampaikan pada hari kedua oleh YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai, Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang bertajuk “Role of Expert Witnesses” iaitu sebelum sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan.
Seramai 18 orang peserta yang kesemuanya terdiri adalah Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri kursus ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Dato’ Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; YAA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; dan Datuk Hasnah Binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YA Dato’ Lee Swee Seng dan YA Tuan Darryl Goon Siew Chye yang kedua-duanya merupakan Hakim Mahkamah Rayuan.
BUKU PROGRAM
BUKU PROGRAM | MUAT TURUN |
Expert Evidence | |
7th - 8th August 2020 Banquet Hall Palace of Justice Putrajaya |