Writing Better Judgment, 17-19 September 2020

Laporan

Kursus “Writing Better Judgments” telah diadakan pada 17-19 September 2020 di Zenith Hotel, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan peserta-peserta dengan konsep utama bagi meningkatkan kualiti penulisan alasan penghakiman dengan menggunakan konsep 5C; Clear (Jelas), Concise (Ringkas), Comprehensive (Menyeluruh), Coherent (Koheren) dan Convincing (Meyakinkan).

Kursus selama 3 hari ini terbahagi kepada 11 sesi seperti berikut:

17 September 2020
Sesi 1
“Why Good Judgments Matter?”
YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
YAA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Sesi 2
“Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”
YA Datuk Nallini Pathmanathan
Hakim Mahkamah Persekutuan
YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera
Hakim Mahkamah Rayuan
Sesi 3
“The First Page and Creating Headings”
YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat
Hakim Mahkamah Persekutuan
Sesi 4
“Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings” 
Semua fasilitator
Sesi 5
“The Structural Construct of an Issues Based Judgement”
YA Dato’ Lee Swee Seng
Hakim Mahkamah Rayuan
YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera
Hakim Mahkamah Rayuan
18 September 2020
Sesi 6
“The Road to Judgment”
YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf
Presiden Mahkamah Rayuan
Sesi 7
“Workshop on Practical Issue Identification”
Semua fasilitator
Sesi 8
“Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”
Semua fasilitator
Sesi 9
“Writing Under Tight Time Line – a Journalist’s Experience”
Encik Jahabar Saddiq
The Malaysian Insight (telah dibatalkan)
Sesi 10
“Managing Procrastination and Competing Priorities”
YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh
Hakim Mahkamah Persekutuan
19 September 2020
Sesi 11
“Workshop – Review of the Re-written Submitted Judgment”
Semua fasilitator

Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Bagi tujuan tesebut, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima ahli setiap kumpulan. Peserta-Peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Seramai 19 orang peserta yang kesemuanya terdiri adalah Hakim Mahkamah Tinggi telah menghadiri kursus ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; YAA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Puan Sri Zaleha binti Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Nor Bee binti Ariffin, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan.

Dokumen

  Muat Turun
Writing Better Judgment