Jumaat, 19 April 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Writing Better Judgments, 24-26 Mac 2022

Kursus “Writing Better Judgments” telah diadakan pada 24-26 Mac 2022 (Khamis-Sabtu) di Zenith Hotel, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan peserta-peserta dengan konsep utama bagi meningkatkan kualiti penulisan alasan penghakiman dengan menggunakan konsep 5C iaitu Clear (Jelas), Concise (Ringkas), Comprehensive (Menyeluruh), Coherent (Koheren) dan Convincing (Meyakinkan).

Kursus selama 3 hari ini terbahagi kepada 11 sesi seperti berikut:

Tarikh Sesi Tajuk Fasilitator
24 Mac 2022 (Khamis)  1  “Why Good Judgments Matter?”
  • YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
  • YAA Tan Sri Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
   2  “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”
  • YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan
  • YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan
   3  “The First Page and Creating Headings” 
  •  YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan
   4  “Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings” 
  •  Semua fasilitator
   5 “The Challenge of Judgment Writing” 
  •  YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan
     “The Structural Construct of an Issues Based Judgment” 
  •  YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan
 25 Mac 2022 (Jumaat) 6  “The Road to Judgment” 
  •  YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan
  7 “Workshop on Practical Issue Identification” 
  • Semua fasilitator
  8 “Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings” 
  • Semua fasilitator
  9 “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases (Section 39B of Dangerous Drugs Act 1952 and Section 302 of the Penal Code” 
  • YA Dato’ Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan
  • YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd. Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan
  • YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan
  10 “Managing Procrastination and Competing Priorities” 
  • YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan
26 Mac 2022 (Sabtu) 11 “Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment” 
  • Semua fasilitator

 


Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Bagi tujuan tesebut, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga enam ahli setiap kumpulan. Peserta-Peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; YAA Tan Sri Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Puan Sri Dato’ Zaleha binti Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd. Diah, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Nor Bee binti Ariffin, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Has Zanah binti Mehat, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 05 April 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 442 | Semalam 1520 | Mingguan 5384 | Bulanan 18687 | Semua 4375667