Mediation Skills and Techniques Workshop via Physical and Online for the Judiciary 7-8 September 2022

"Mediation Skills and Techniques Workshop via Physical and Online for the Judiciary" telah diadakan pada 7-8 September 2022 (Rabu-Khamis) di Bilik Sapphire 1, Asian International Arbitration Centre (AIAC), Kuala Lumpur. Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan semua anggota Badan Kehakiman boleh bertindak sebagai mediator yang mempunyai asas kemahiran mediasi mengikut teknik yang betul dan efektif.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada 13 orang Hakim Mahkamah Tinggi, dan 11 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri program ini. Bengkel ini turut dihadiri oleh YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

Bengkel selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar, Pengarah, Asian International Arbitration Centre (AIAC). Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu Puan Gunavathi Subramaniam, peguam dan pensyarah sambilan di dalam bidang Alternative Dispute Resolutions di Universiti Malaya, serta Encik Chia Loong Thye, Adjudicator bertauliah di AIAC semenjak tahun 2016. Tajuk-Tajuk ceramah yang terlibat dalam bengkel ini adalah seperti Mediation Styles, Negotiation Exercise and Debrief, Negotiation Princples and Styles, The Facilitative Mediation Process Model, Mediation Demonstration and De-brief, Judicial-led-mediation, Mediator Skills, Communication Skills, dan Communication Barriers.