Writing Better Judgments 2/2022 27-29 Oktober 2022

Kursus “Writing Better Judgments 2/2022” telah diadakan pada 27-29 Oktober 2022 (Khamis-Sabtu) di Bilik Chini 1 dan 2, DoubleTree Hotel by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk mencapai 5C dalam penulisan alasan penghakiman iaitu Clear (Jelas), Concise (Ringkas), Comprehensive (Menyeluruh), Coherent (Koheren) dan Convincing (Meyakinkan).

Kursus selama tiga hari ini terbahagi kepada 11 sesi yang terdiri daripada sesi bekenaan “Why Good Judgments Matter?”, “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”, “The First Page and Creating Headings”, “Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings”, “The Challenge of Judgment Writing” / “The Structural Construct of an Issues Based Judgment”, “The Road to Judgment”, “Workshop on Practical Issue Identification”, “Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”, “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases (Section 39B of Dangerous Drugs Act 1952”, “Managing Procrastination and Competing Priorities” dan “Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment”.

Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima ahli bagi setiap kumpulan. Peserta-Peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lapan orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Harminder Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd. Diah, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Has Zanah binti Mehat, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Gunalan a/l Muniandy, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Rayuan.