Criminal Law: Evidence and Procedure 22-23 Oktober 2016

Akademi Kehakiman telah menganjurkan kursus ‘Criminal Law: Evidence and Procedure’ pada 22-23 Oktober 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan kursus baharu yang pertama kali dianjurkan oleh Akademi Kehakiman.

 Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Hakim-hakim kanan selaku fasilitator-fasilitator kursus ini ialah YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan serta YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

 Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Di sesi pertama, 12 peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator-fasilitator terlebih awal yang berkaitan dengan kes-kes jenayah yang melibatkan peruntukan di dalam Akta Keterangan 1950 (Akta 56), Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

 Di sesi kedua pula, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan bengkel. Setiap kumpulan telah diberikan empat tugasan yang sama. Peserta dikehendaki menyediakan hasil tugasan tersebut untuk dibentang dan dibincangkan.