Judge Craft and Judgment Writing, 19 - 21 Februari 2016

Kursus “Judge Craft and Judgment Writing” telah  diadakan  pada 19 - 21 Februari 2016 di Putrajaya.

Seramai 16 peserta yang terdiri daripada 4 Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Kursus 3 hari ini dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang berpengalaman iaitu YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Dato’ Wira Aziah binti Ali, Hakim Mahkamah Rayuan.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, peserta telah didedahkan dengan 7 senario melalui tayangan video bertajuk “Judge in Jeans: The Business of Judging”  yang berkait dengan pelbagai isu kehakiman dan ia disusuli dengan perbincangan.

Peserta kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membentang tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator dan kemudian disusuli dengan perbincangan. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut adalah seperti berikut:

(i) 
The Making of a Good Judge ; 
(ii) 
Pending Hearing; dan
(iii) Sitting in Judgment

Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman sebenar yang telah dikenalpasti oleh fasilitator. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil perbincangan bengkel tersebut diakhir kursus.