Defamation Law, 18 - 19 November 2016

Kursus “Defamation Law’” telah diadakan pada 18 dan 19 November 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan satu lagi kursus baharu anjuran Akademi Kehakiman dalam tahun 2016. Fasilitator-fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. Seramai 10 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikuti kursus ini.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Di sesi pertama, 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman telah membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator. Pembentangan setiap peserta adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan selama 15 minit. Di sesi kedua pula, peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bengkel. Setiap kumpulan telah diberikan 2 tugasan. Peserta dikehendaki menyediakan hasil tugasan tersebut untuk dibentang dan dibincangkan.