Companies Act 2016: Transforming the Corporate Landscape, 22 Julai 2017

Kursus “Companies Act 2016: Transforming the Corporate Landscape” telah diadakan pada 22 Julai 2017 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh kepada para hakim mengenai pembaharuan undang-undang utama dalam mengawal undang-undang korporat di Malaysia.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 23 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 44 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikuti kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Akademi Kehakiman.

Ceramah di Sesi Pertama kursus ini telah disampaikan oleh Puan Nor Azimah binti Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (Pengawalan dan Penguatkuasaan), Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang bertajuk “An Overview of the New Companies Act 2016 [Act 777]”. Pada Sesi Kedua, beliau dan Encik Lee Shih dari SKRINE telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Strengthening the Corporate Governance: Impact on Directors and Shareholders”. Pada Sesi Ketiga seminar ini, Encik Lee Shih telah menyampaikan ceramah bertajuk “Reforming the Insolvency Law”.