Defamation Law, 18-19 Ogos 2017

Kursus “Defamation Law” telah diadakan pada 18-19 Ogos 2017 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Banquet , Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dalam mengendali dan memutuskan kes-kes saman fitnah.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang Hakim dan 10 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara turut hadir ke kursus ini.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan pembentangan individu oleh 9 orang Hakim dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman mengenai pelbagai topik berkaitan “Defamation Law” yang telah ditentukan oleh fasilitator Manakala pada sesi kedua, peserta kursus telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan dua kajian kes dan seterusnya diminta membentangkan hasil kajian kes tersebut. Perbincangan secara interaktif dan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh fasilitator kursus telah dilaksanakan di akhir setiap sesi bagi membolehkan para peserta meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik dan kajian kes yang dibincangkan.