Case Management in Civil Cases, 12-13 Mei 2017

Kursus ‘Case Management in Civil Cases’ telah diadakan pada 12-13 Mei 2017 di Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kes di kalangan peserta kursus.

Fasilitator-fasilitator kursus adalah terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara dan YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan hasil kerja kumpulan mengenai tajuk-tajuk yang telah ditentukan oleh fasilitator. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli dan 45 minit diperuntukkan bagi setiap kumpulan untuk pembentangan dan perbincangan.  Sesi kedua pula adalah kajian kes di mana setiap kumpulan diberikan dua kes untuk dibincangkan dan pembentangan diadakan di akhir sesi.