Damages, 7 - 8 April 2017

Kursus ‘Damages’ ini merupakan kali pertama diadakan. Fasilitator-fasilitator kursus kali ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman.

Seramai 19 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 8 orang Pesuruhjaya Kehakiman.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan oleh 10 peserta yang mewakili kumpulan yang terdiri daripada 2 orang mengenai tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator yang berkaitan dengan kes-kes ‘damages’. Masa pembentangan adalah selama 10 minit dan disusuli dengan perbincangan oleh peserta selama 15 minit. Pada sesi kedua pula adalah bengkel mengenai ‘damages’ di mana setiap kumpulan diberikan satu permasalahan untuk dibincangkan dan bentangkan di akhir sesi.